KUALA LUMPUR 28 APRIL- Di sebalik tirai besi, tiada siapa menyangka, kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim membuka lembaran baharu kepada penghuni-penghuni Penjara Sungai Buloh.
Sulaiman Ajik, 49 yang baru dibebaskan selepas dipenjara enam bulan hadir ke pejabat Suara Keadilan berkongsi cerita dan pengalamannya bersama Anwar.
“Kali pertama melihat Anwar di dalam sel waktu itu, saya cukup sayu dan sedih. Tidak dapat digambarkan bila seorang pemimpin seperti beliau meringkuk di penjara dalam keadaan sedemikian rupa.
“Tapi beliau tidak mudah patah semangat. Dalam penjara pun, beliau selalu beri kata-kata semangat pada semua banduan-banduan lain,” kata Sulaiman menceritakan detik-detik awal ketika melihat sosok tubuh pemimpin berjiwa besar di hadapannya waktu itu.
Sulaiman berkata, masa Anwar banyak dihabiskan dengan mentelaah buku agama dan membaca Al Quran. Malah Anwar juga mengimamkan lebih 300 jemaah banduan dan petugas-petugas penjara serta menyampaikan tazkirah seusai solat.
“Beliau langsung tidak menyentuh isu politik, semua pengisian adalah berbentuk nasihat dan bagaimana mahu menjadi manusia yang baik dan berguna kepada manusia.
“Tetapi yang menariknya apabila Anwar memberi tazkirah, para banduan seolah-olah terpaku dan sentiasa ternanti-nanti pada esoknya apa yang ingin Anwar sampaikan,” katanya yang tidak ralat gambarnya disiarkan Suara Keadilan.
ARTIKEL MENARIK: Pengalaman ‘Bersihkan’ Kawasan Ayah Pin. Lelaki Ini Kongsi Rahsia Yang Ramai Tak Tahu
loading...
Sulaiman dipenjarakan atas dakwaan memiliki barang curi selepas mendakwa dirinya diperdaya untuk membeli sebuah laptop daripada seorang pelajar.
Menceritakan pengalamannya lebih lanjut, Sulaiman berkata keadaan sel penjara sangat menyeksakan bagi individu seusia Anwar.Apatah lagi, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menderita sakit belakang.
Mungkin selepas mendapat bantahan peguam, katanya, Anwar diberikan sebuah meja sebagai alas tempat tidur.
“Tetapi yang sedihnya hanya tilam nipis sebagai pengalas perbaringan. Untuk bantal pula atas inisiatif banduan-banduan yang lain yang mengumpulkan lipatan kain dan dimasukkan ke dalam sarung sebagai bantal untuk Anwar tidur,” ceritanya sayu.
Dalam wawancara bersama Suara Keadilan, Sulaiman turut menceritakan kegemaran Anwar menyanyikan lagu Azizah dan berpuisi ketika berada dalam sel penjara. Malah beliau sempat mencatatkan puisi yang dibacakan Anwar.
Temubual penuh bersama Sulaiman boleh didapati menerusi keluaran terbaru akhbar Suara Keadilan yang kini berada di pasaran mulai hari ini.
Sumber:http://www.keadilandaily.com/bekas-banduan-kongsi-pengalaman-dengan-anwar/
KENYATAAN MEDIA
JABATAN PENJARA MALAYSIA
JABATAN PENJARA MALAYSIA
Jadi untuk elakkan sebarang penaakulan dilakukan oleh rakyat Malaysia. Maka Jabatan Penjara Malaysia mengeluarkan kenyataan.
LAYANAN DAN KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN KEPADA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Sepertimana dimaklumi Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI) telah menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh mulai 10 Februari 2015 yang lalu.
Semenjak tempoh tersebut berbagai spekulasi dan laporan yang dibuat terutamanya melalui media sosial berhubung layanan dan kemudahan yang diberikan kepada DSAI.
Sehubungan itu adalah dijelaskan layanan dan kemudahan yang telah diberikan kepada DSAI adalah selaras dengan ketetapan Akta dan Peraturan Penjara. Berasaskan kepada kenyataan yang dikeluarkan melalui blog, Facebook dan Tweeter tertentu, layanan dan kemudahan yang telah diberikan Penjara Sungai Buloh kepada DSAI dapat dijelaskan seperti berikut:
i.Perjumpaan dengan keluarga
Perjumpaan dengan keluarga adalah antara aspek utama yang amat dipentingkan oleh Jabatan Penjara dalam pembinaan pemulihan diri banduan. Berbagai bentuk perjumpaan boleh dipertimbang atau diberikan kepada banduan, antaranya perjumpaan permulaan, perjumpaan berperingkat dan perjumpaan khas. Perjumpaan permulaan diberikan kepada semua banduan adalah sekali sahaja dan ianya boleh dilakukan pada hari pertama seseorang dipenjarakan sehinggalah dalam tempoh empat minggu. Biasanya perjumpaan ini berlangsung pada hari kedua pemenjaraan kerana pada hari pertama banduan sampai ke penjara pada lewat petang dan beberapa tindakan dalam proses penerimaan perlu dilakukan termasuklah pemeriksaan kesihatan. Kemudahan perjumpaan ini bagi membolehkan banduan menguruskan masalah serta keperluan tertentu bersama keluarga.
Oleh itu dalam hal ini adalah tidak menyalahi peraturan dan prosedur penjara di mana keluarga DSAI telah dibenarkan berjumpa pada hari ketiga. Kemudahan perjumpaan permulaan ini sama ada pada hari kedua atau ketiga atau apa-apa hari dalam tempoh empat minggu tersebut telah diberikan kepada lain-lain banduan sebelum ini.
[ 2 ]
Manakala perjumpaan berperingkat pula bermula sebaik sahaja seseorang banduan telah menjalani hukuman empat minggu dan ianya dilaksanakan mengikut tarikh yang diberikan dalam kad lawatan. Manakala dalam situasi tertentu keluarga juga boleh membuat permohonan kepada Pengarah sesebuah penjara untuk dipertimbangkan perjumpaan khas.
ii.Penggunaan komputer atau internet atau telefon bimbit di dalam penjara
Penggunaan komputer atau internet atau telefon bimbit oleh banduan semasa mereka ditahan di penjara adalah dilarang. Hanya banduan yang telah diluluskan untuk mengikuti pengajian tinggi sahaja diberikan kemudahan komputer dengan kawalan (di hadapan) pegawai penjara dan hanya bagi tujuan E-Learning sahaja. Perkara ini hanya dijalankan di Penjara Kajang, Penjara Bentong dan Penjara Kota Kinabalu.
Pemeriksaan yang dilakukan semasa kemasukan DSAI ke Penjara Sungai Buloh dan pemeriksaan dari masa ke semasa menunjukkan adalah tidak benar kemudahan komputer atau internet atau telefon bimbit telah dibenarkan kepada DSAI. Pemilikan perkara di atas di dalam penjara merupakan satu kesalahan besar dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan.
Berhubung dengan Facebook atau tweeter atau lain-lain medium sosial, mereka yang telah diberikan akses boleh menggunakannya tanpa memerlukan kehadiran DSAI. Jabatan Penjara bukan pihak yang mengawal atau mempunyai kuasa menghentikan penggunaannya kerana ia berlaku di luar penjara. Jabatan Penjara mempunyai kemudahan telefon berbayar yang boleh digunakan oleh banduan dalam kawalan pegawai penjara. Semakan dibuat setakat ini menunjukkan kemudahan tersebut tidak digunakan oleh DSAI.
iii. Makanan untuk DSAI
Makanan yang dibekalkan kepada semua banduan adalah berasaskan skala yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan serta terkandung Akta Penjara. Makanan tambahan atau makanan yang berbeza boleh dibenarkan diberi kepada seseorang banduan berasaskan pengesyoran oleh pegawai perubatan untuk kepentingan kesihatan banduan tersebut.
[3]
Manakala semasa sesi lawatan, keluarga banduan, mereka boleh membeli makanan dari kantin penjara untuk dimakan oleh banduan pada hari lawatan tersebut.
Setakat ini pemeriksaan dan pemantauan yang dilakukan oleh Ibu Pejabat Penjara mendapati Penjara Sungai Buloh telah melaksanakan tanggungjawab secara teratur berasaskan Akta, Peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Jabatan Penjara akan terus memastikan layanan dan pemerlakuan terhadap semua banduan termasuk DSAI adalah mengikut landasan undang-undang.
Sekian, terima kasih.
(SUPRI BIN HASHIM)
Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
K7L : Tidak perlu bias dalam penjara…
Sumber:
http://keris7lok.blogspot.my/2015/02/jabatan-penjara-dedahkan-keadaan-anwar.html
http://keris7lok.blogspot.my/2015/02/jabatan-penjara-dedahkan-keadaan-anwar.html
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan daripada penjara pada 8 Jun depan.
Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar, berkata pengiraan tempoh hukuman perlu dijalani Anwar dan tarikh pembebasannya dibuat Jabatan Penjara mengikut ketetapan Seksyen 44, Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43 (1) (a) Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
“Akta dan Peraturan tersebut memberikan 1/3 remitan daripada hukuman kepada mana-mana banduan yang menjalani hukuman melebihi satu bulan.
“Justeru Peraturan 28, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 juga menjelaskan bahawa jika pembebasan seseorang banduan jatuh pada hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am, banduan hendaklah dibebaskan pada hari sebelumnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulkifli berkata, berdasarkan pengiraan dengan remitan itu, tarikh pembebasan Anwar adalah pada 10 Jun 2018, tetapi berikutan tarikh itu jatuh pada Ahad dan 9 Jun adalah Sabtu, maka Anwar boleh dibebaskan pada 8 Jun 2018.
Katanya, sehingga kenyataan itu dikeluarkan, Jabatan Penjara Malaysia dan Penjara Sungai Buloh tidak menerima apa-apa waran atau perintah dari mana-mana pihak berkuasa mengarahkan hukuman terhadap Anwar dipinda.
“Tarikh pembebasan Anwar pada 8 Jun juga tiada sebarang kaitan dengan pelaksanaan Sistem Parol atau apa-apa perintah dari Lembaga Pengampunan,” katanya.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/372153/anwar-ibrahim-dibebaskan-8-jun
Post a Comment