Sayu… Pesakit kulit rapuh Adik ‘Aqif’, Akhirnya meninggal dunia (5 Gambar)

Sayu… Pesakit kulit rapuh Adik ‘Aqif’, Akhirnya meninggal dunia (5 Gambar)

ADIK Muhammad Aqif Kaoirul Anuar yang tular sejak tahun lalu kerana menghidap penyakit Epidermolysis Bullosa (EB) atau kulit rapuh sejak lahir, telah meninggal dunia, hari ini.

Sayu… Pesakit kulit rapuh Adik ‘Aqif’, Akhirnya meninggal dunia (5 Gambar)
Sayu… Pesakit kulit rapuh Adik ‘Aqif’, Akhirnya meninggal dunia (5 Gambar)

Ibunya, Umi Umeera Mazlan dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, anaknya itu telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang.

“Assalamualaikum. Saya ibu kepada adik Aqif, adik Aqif baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang. Jenazah akan dibawa ke Ampang,” tulisnya di laman sosial itu dan turut dikongsi lebih 200 pengguna.

Anak kelima daripada tujuh adik-beradik itu mempunyai kulit sensitif terutama di bahagian badan dan kaki serta tidak boleh terdedah terlalu lama dengan cuaca yang panas.

ARTIKEL MENARIK: Rakaman CCTV Dedah Perbuatan Jijik Isteri Dan Anak

loading...









Sebelum ini, dua anak Umi iaitu kakak dan adik Muhammad Aqif telah pun meninggal dunia akibat menghidap pe­nyakit yang sama.

Ramai netizen turut mengucapkan takziah kepada keluarga Umi dan mendoakan agar keluarganya tabah menerima dugaan dari Ilahi.

Sebelum ini dalam laporan,

Kuala Lumpur: “Jualan ini dapat membantu perbelanjaan Aqif,” kata Umi Umeera Mazlan ,29, ibu kepada Muhammad Aqif Kaoirul Anuar yang menderita penyakit kulit yang serius dikenali sebagai Epidermolisis Bulosa (EB).

Menurutnya, perbelanjaan kos perubatan anak lelakinya itu hampir mencecah RM10,000 sebulan dapat dikurangkan hasil jualan kerepeknya melalui dalam talian.

“Kami meniaga kecil-kecilan melalui laman sosial Facebook.

“Pendapatan yang kami perolehi dari menjual kerepek ini sekitar RM500 sebulan” katanya.

Katanya, dia yang memulakan perniagaan sejak lima bulan lalu mengambil insiatif berkenaan untuk membantu menambah pendapatan isi rumahnya.

“Setiap hari kami mesti pasang penyaman udara kerana penyakit Aqif ini menyebabkan kulitkan tidak boleh terdedah pada suhu panas kerana cepat mengelupas.

“Kadang-kadang saya terpaksa tutup penyaman udara untuk jimat elektrik tetapi kulit Aqif akan mengelembung kerana panas,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa membayar bil elektrik lebih RM400 kerana menggunakan kemudahan itu.

Sebelum ini, Muhammad Aqif pernah mendapat perhatian media apabila dia yang menghidapi penyakit itu terpaksa menanggung derita kesakitan kerana kulitnya hanya mempunyai satu lapisan.

Sumber:terengganutimes

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post