"Saya Tak Boleh Menyentuh Pasal Anak" - Luahan Achey Dan Isteri Buat Ramai Menangis Bila Bercerita Pasal Anak

"Saya Tak Boleh Menyentuh Pasal Anak" - Luahan Achey Dan Isteri Buat Ramai Menangis Bila Bercerita Pasal Anak

“Saya Suka Kanak-kanak, saya mohon, saya pinjam kasih sayang itu sekejap”

"Saya Tak Boleh Menyentuh Pasal Anak" - Luahan Achey Dan Isteri Buat Ramai Menangis Bila Bercerita Pasal Anak
"Saya Tak Boleh Menyentuh Pasal Anak" - Luahan Achey Dan Isteri Buat Ramai Menangis Bila Bercerita Pasal Anak

Aduh sedih pula mendengar luahan hati Achey, daripada kumpulan Bocey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hj Hamzah apabila meluahkan rasa sayunya bila bercerita soal anak di dalam sebuah program TV Di Balik Tawa, siaran Astro Warna.

ARTIKEL MENARIK: Akhirnya Ustaz Kazim Sudah Bertemu Iqram Dinzly. Macam Bertemu Buku Dan Ruas.. ! Inilah Respon Ustaz Kazim Terhadap Iqram Dinzly!

loading...

Seperti yang kita tahu Achey mempunyai hubungan rapat dengan rakan-rakan artis terutamanya Hairul Azrien.

Sering kali kita lihat gambar-gambar Achey bersama Yusuf Iskandar sehingga adakalanya membuatkan kita rasa mereka sudah menjadi sebahagian daripada ahli keluarga.



Melalui program tersebut, Achey memohon maaf andai sikapnya yang terlalu rapat dengan sebuah keluarga yang punyai anak kecil itu membuatkan sesetengah rakan atau ahli keluarga tidak selesa.
“Saya ingin mintak maaf degan kawan-kawan terdekat atau saudara mara, kalau saya mendekati anak-anak mereka hingga mereka tidak senang, saya mintak maaf kerana saya suka dengan kanak-kanak.

“Saya Kahwin dengan dia (isteri) dah 7 tahun, tidak ditemukan cahaya mata.

“Dia tidak cakap apa-apa walaupun 7 tahun kami dah bersama sampai ada yang kata kami mandul, dia tak kisah dan ambik kisah pun,” jelasnya dengan penuh rasa sebak.


Bagaimanapun Achey memahami, di luar sana masih ramai yang senasib malah lebih lama menanti kehadiran cahaya mata dalam hidupnya.
“Saya tahu ramai lagi orang yang lama tidak dapat anak sehingga ada yang lebih belasan dan puluhan tahun tetapi saya benar-benar ingin kongsikan apa yang kami rasa,” katanya di dalam program tersebut.
Sementara itu isteri kepada pelawak ini turut memberitahu dia juga sebenarnya ingin merasai momen mengandung 9 bulan seperti orang lain namun dia akur dengan kehendak Illahi.
Tambahnya, dengan kehadiran anak-anak rakan terdekat dan sedara adalah penguat mereka berdua.
Salah seorang pengguna netizen telah muat naik video ini di Youtube dan sehingga kini perkongsian ini menjadi trending #07 di Youtube. Memang menyantuh perasaan!
Okay tak nak cerita panjang, korang dengar sendiri luahan hati Achey yang memang menyentuh perasaan.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post