“Saya ikut mana yang baik buat Farid”

“Saya ikut mana yang baik buat Farid”

PELAKON Datin Diana Danielle, 27, menyambut baik cadangan adik iparnya, Fadzil Zahari untuk membawa suaminya, Datuk Farid Kamil, 37, menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Saya ikut mana yang baik buat Farid”
“Saya ikut mana yang baik buat Farid”

Katanya, mereka akan melakukan segala yang terbaik sehingga Farid kembali sihat.

“Terima kasih atas sokongan semua pihak. Apa yang jadi ini ketentuan Allah. Saya berharap semuanya kembali baik seperti biasa,” katanya kepada Harian Metro.

Diana ketika dihubungi pagi ini untuk bertanya keadaan Farid selepas dibebaskan dengan jaminan semalam, tidak mahu terlalu bercerita mengenai keadaan suaminya dan ingin menyelesaikan masalah yang berlaku secara privasi.

Pelakon filem Hanyut itu berkata, dia tidak akan mengemaskini lebih banyak mengenai Farid.

“Kita perlu menyelesaikannya secara peribadi. Alhamdulillah, syukur segalanya berjalan lancar,” katanya.

Kata Diana, dia juga menghormati tugas media yang membuat liputan di Mahkamah Petaling Jaya semalam yang berusaha untuk mendapatkan komen daripadanya.

ARTIKEL MENARIK: "Sajat, Kalau Ko Pondan Kami Tak Marah" – Selepas Berikan Respon Panas Tentang Kes Farid Kamil, Kini Sharnaaz Ahmad Beri Respon Isu Kontroversi Sajat Pula!

loading...

“Kita sama-sama faham situasi masing-masing,” katanya.

Dalam kenyataannya semalam, Fadzil mengatakan mereka sekeluarga sepakat membawa Farid menjalani pemeriksaan kesihatan dengan segera. Selepas itu barulah dibawa berjumpa pakar untuk memeriksa keadaan kesihatan mental.

Fadzil juga akan memilih masa sesuai untuk mempertemukan Farid dengan dua anaknya, Muhammad, 5 dan Nur Aurora, 3.



Mengenai kes membabitkan suaminya berkemungkinan memberi kesan kepada kontrak yang melantik mereka sekeluarga menjadi duta produk, Diana menafikan perkara itu.

Malah kata Diana, dia akan kembali bekerja seperti biasa seperti sebelumnya.

“Saya sudah terikat dengan kontrak, jadi perlu memberikan sepenuh komitmen. Mahu atau tidak, kena buat juga.

“Kerja akan diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar,” katanya.

Dalam prosiding semalam, Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan selebihnya, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Khamis lalu.

Pelakon filem Tombiruo itu ditahan reman selama lima hari bermula Jumaat lalu dan berakhir semalam, bagi membantu siasatan.

Farid Kamil dibebaskan dengan jaminan RM12,000.

Sumber: Harian Metro

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post