Remaja maut dicekik teman lelaki ibu

Remaja maut dicekik teman lelaki ibu

Umpama dalam filem, tindakan cekap dan pantas dua anggota polis berjaya menyelesaikan satu kes pembunuhan yang sedang berlaku di Kuala Baram, dekat sini petang semalam.

Remaja maut dicekik teman lelaki ibu
Remaja maut dicekik teman lelaki ibu

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, kejadian berlaku sekitar jam 5.55 petang semalam apabila sebuah kereta peronda polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sedang menjalankan rondaan di sekitar Jalan Perlis, Kuala Baram, di sini sebelum terserempak dengan sebuah kenderaan Proton Iswara yang diletakkan dalam keadaan mencurigakan di sebuah lorong berdekatan semak.

Seorang lelaki Cina kelihatan berdiri di bahagian belakang kereta dengan butnya terbuka.

“Menyedari kehadiran kereta peronda polis, lelaki terbabit terus menutup but, masuk ke dalam kereta dan memecut dari tempat itu dengan laju.

Kata Dev, kejar-mengejar berlaku sejauh lima kilometer sehingga kereta Proton Iswara itu berhenti di simpang Pelabuhan Miri.

ARTIKEL MENARIK: Kanak-kanak Diculik, Dibunuh Dengan Kejam Di Johor Adalah Palsu!

loading...

“Anggota di dalam kereta peronda kemudian telah mengarahkan pemandu kereta itu keluar dan mengarahnya membuka but kereta.

“Apabila but dibuka, anggota terbabit telah melihat jasad seorang perempuan Cina berada di dalamnya, lantas melakukan tangkapan terhadap suspek suspek.

Pemeriksaan kemudian dijalankan dan perempuan terbabit telah disahkan tidak lagi bernyawa.

“Pasukan Siasatan Jenayah Miri kemudian dimaklumkan tentang kejadian tersebut lalu bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Siasatan awal kata Dev, mendapati suspek merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa dan tinggal bersamanya, kakak mangsa dan mangsa di sebuah rumah sewa di Permyjaya.

“Pada pagi semalam, ketika ibu mangsa keluar bekerja dan kakaknya pergi ke sekolah, suspek tinggal berdua dengan mangsa di rumah.

“Sekitar jam 11.00 pagi, telah berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa dan suspek dipercayai telah mencekik mangsa sehingga mati.

“Suspek kemudian menyumbat mayat mangsa ke dalam but kereta dan memandu ke kawasan Kuala Baram, dengan tujuan membuang mayat ke dalam semak berdekatan.

Malangnya katanya lagi, suspek terserempak dengan kereta peronda lain.

Mangsa kata Dev, merupakan seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau, Miri.

“Suspek pula berbangsa Cina, berumur 33 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur.

“Dia bekerja di sebuah kedai perabot di Piasau, Miri.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pemandu kereta MPV, Koperal Mohd. Izwan Jamaludin dan krewnya, Koperal Eddy Abdullah kerana berjaya menangkap suspek dan menyelesaikan kes bunuh ini,” jelasnya lagi.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post