Rahsia Abang Tertanam Bersama Mayat Ibu. Selepas Digali Kubur, Apa Yang Ditemui Telah Buat Ramai Menitiskan Airmata!

Rahsia Abang Tertanam Bersama Mayat Ibu. Selepas Digali Kubur, Apa Yang Ditemui Telah Buat Ramai Menitiskan Airmata!

Abang berusia dua tahun lebih tua daripada saya namun ibu bapa kami sering melayan kami dengan cara yang berbeza.

Rahsia Abang Tertanam Bersama Mayat Ibu. Selepas Digali Kubur, Apa Yang Ditemui Telah Buat Ramai Menitiskan Airmata!
Rahsia Abang Tertanam Bersama Mayat Ibu. Selepas Digali Kubur, Apa Yang Ditemui Telah Buat Ramai Menitiskan Airmata!

Ibu sentiasa mengutamakan saya sekiranya ada makanan yang sedap atau sesuatu yang menyeronokkan untuk dimain manakala abang hanya akan melihat daripada jauh.

ARTIKEL MENARIK: Heboh Remaja Diduga Bunuh Temannya Sendiri karena Bedak, Ini 5 Fakta tentang Kasus Tersebut

loading...

Apabila saya memberikan makanan kepada abang, ibu akan marah dan menyuruh abang supaya tidak meminta makanan daripada saya. Abang pula akan lari ke belakang pintu dan melihat saya.

Setiap kali perayaan Tahun Baru, abang hanya akan memakai pakaian lama yang telah dijahit semula manakala ibu pula sentiasa membelikan saya pakaian baharu.Disebabkan abang selalu memakai pakaian lama, dia dengan sengaja akan mengotorkan pakaian saya dengan melumurkan tanah atau mengguntingnya.Menurutnya, ini untuk menambah hiasan pada baju baru saya. Apabila ibu bertanya mengapa ada kesan kotor dan koyak pada baju saya, saya akan menyatakan saya bermain di dahan pokok dan tanpa sengaja mengoyakkan baju baru tersebut.

Pencapaian akademik abang terutamanya di dalam matapelajaran matematik tidaklah begitu baik. Dia sering mendapat markah sifar untuk ujian peperiksaan matematik dan pernah diletakkan di bawah pengawasan selama dua tahun.Kami kemudiannya sama-sama berjaya memasuki sekolah tinggi pada tahun yang sama dan ibu membenarkan abang untuk pergi ke sekolah bersama-sama dengan membawa kereta.Abang selalu melanggar lubang pada jalan raya di samping membawa secara laju. Jika saya merayu supaya memperlahankan kereta, dia akan lihat dan mentertawakan saya.

Walaupun begitu, abang tidak sesekali membiarkan saya menjadi mangsa buli orang lain. Setiap kali ada lelaki yang cuba mengganggu saya, abang sentiasa ada menghulurkan perlindungan. Pada waktu itu, saya tahu bahawa abang sangat sayangkan saya.Jadi, setiap kali ibu membekalkan makanan yang enak untuk saya, saya akan tukarkan bekal makanan tersebut dengan abang secara rahsia.

Sehinggalah pada suatu hari, abang mengetahui bahawa bekal makanannya ditukar oleh saya, dia tidak lagi membuli saya.Abang telah berhenti bersekolah sementara saya melanjutkan pelajaran ke kolej. Sepanjang di sana, abanglah yang menanggung segala perbelanjaan saya hasil titik peluhnya bekerja sebagai pengalih batu-bata.Namun, sebaik sahaja saya menamatkan pelajaran, saya tidak lagi mendengar sebarang perkhabaran mengenai abang. Jika ditanya kepada ibu mengapa abang menghilangkan diri, ibu hanya akan menangis tanpa menjawab persoalan yang berlegar-legar di fikiran saya.Abang mula menghilangkan diri setelah dia berkahwin.

Saya turut berusaha untuk mencarinya merata-rata tetapi tidak menemui sebarang jawapan. Isterinya yang menanti kepulangan abang selama tiga tahun akhirnya meninggalkan kami dan membawa dirinya.Semenjak itu, sayalah yang bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga. Keadaan kesihatan ibu semakin hari semakin buruk dan dia sering menyalahkan dirinya kerana tidak memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada abang.

Ibu akhirnya telah meninggal dunia setelah 19 tahun abang menghilangkan diri. Sebelum ibu meninggal, ibu masih lagi menyebut nama abang berulang kali.Ibu turut berpesan kepada ayah supaya meletakkan bantal sutera kesukaannya di dalam keranda sebelum dia meninggal dunia.Ibu juga percaya abang akan pulang ke rumah setelah ibu meninggal dunia. Ibu berpesan supaya memberitahu abang bahawa dia sangat rindu dan sayang kepada abang.

Malam tersebut, ibu meninggal dunia dan saya pengsan beberapa kali selepas menangis.Seperti yang ibu katakan, ketika Perayaan Ching Ming, abangnya akhirnya pulang semula ke rumah kami. Abang kelihatan tua dan rambutnya dipenuhi uban. Saya terus memeluknya seerat mungkin sambil menangis.Pada suatu hari, majlis pembandaran telah mengarahkan kami supaya berpindah bagi mentransformasikan kawasan perkampungan tersebut menjadi bandar baru.

Oleh kerana kami mempunyai ramai ahli keluarga, pihak kerajaan telah memberikan tiga blok bangunan sebagai pampasan. Namun, kami harus memindahkan kubur nenek moyang kami termasuklah kubur ibu.Sewaktu abang menggali semula kubur dan membuka keranda ibu, abang menangis teresak-esak kerana tidak sempat bertemu ibu sehinggalah detik pemergiannya. Abang telah membina keranda baru yang lebih mewah untuk ibu.Ketika proses menyusun semula barangan pengebumian, terdapat satu kotak terjatuh daripada bantal sutera ibu. Sebaik sahaja abang melihat kotak tersebut, abang sekali lagi menangis.

Dia membuka kotak tersebut dan mendapati terdapat banyak surat tersimpan di dalam kotak tersebut dan salah satunya ditujukan kepada saya.Isi kandungan surat tersebut menyatakan bahawa saya bukanlah anak kandungnya tetapi diambil sebagai anak angkat ketika masih bayi. Sejak kecil, ibu dan ayah berusaha sebaik mungkin untuk melindungi saya menyebabkan abang terpaksa menyerahkan segala-galanya kepada saya.Menurut ibu lagi, abang merupakan seorang anak yang sangat baik.



Setelah dia berkahwin, abang telah bekerja bersungguh-sungguh untuk membelikan rumah untuk saya.Dia telah bekerja membantu majikannya menyeludup kereta. Tetapi, dia telah ditangkap dan dipenjarakan setelah majikannya meletakkan kesemua kesalahan atas abang.Ibu tidak mampu untuk menceritakannya kerana takut menjadi buah mulut orang kampung.

Tidak sangka, selama ini ibu sentiasa menyebelahi dan mengutamakan saya serta membiarkan abang melalui kehidupan seperti ini demi kebaikan saya.Saya dengan serta-merta melutut di hadapan ayah dan abang sambil menangis. Akhirnya, kebenaran telah tiba tetapi ia tiba setelah terlalu lama waktu berlalu.

Sumber: Beauties Life

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post