Pendaftaran untuk penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Jan ini. ― Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 4 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memaklumkan pendaftaran untuk penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Jan ini.
Permohonan BR1M dilanjut sehingga 25 Januari |
“Sukacita saya maklumkan bahawa pendaftaran bagi BR1M 2018 dilanjutkan sehingga 25 Januari ini.
ARTIKEL MENARIK: Setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan dihadiahkan Dana RM200… Begini Cara Memohonnya.
loading...
“Kepada yang masih belum, boleh daftar di ebr1m.hasil.gov.my atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, menerusi catatan di laman rasm Twitter beliau, hari ini.
Kementerian Kewangan melalui kenyataan sebelum ini berkata permohonan dan kemas kini maklumat BR1M 2018 dibuka kepada penerima yang layak bermula 27 Nov sehingga 31 Dis lepas.
Kementerian itu berkata, pasangan kepada penerima BR1M tahun sebelumnya yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun sebelumnya perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018. ― Bernama
Post a Comment