Perbicaraan Di Mahkamah Buat Kali Kedua Pada Hari Ini, Tapi Netizen Tertanya-tanya Dimanakah Isterinya ‘Diana Danielle’?!

Perbicaraan Di Mahkamah Buat Kali Kedua Pada Hari Ini, Tapi Netizen Tertanya-tanya Dimanakah Isterinya ‘Diana Danielle’?!

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari memberitahu kesihatannya dalam keadaan baik sepanjang tempoh tahanan reman empat hari lalu.

Perbicaraan Di Mahkamah Buat Kali Kedua Pada Hari Ini, Tapi Netizen Tertanya-tanya Dimanakah Isterinya ‘Diana Danielle’?!
Perbicaraan Di Mahkamah Buat Kali Kedua Pada Hari Ini, Tapi Netizen Tertanya-tanya Dimanakah Isterinya ‘Diana Danielle’?!

Menurut Farid, 37, dia menjalani perintah reman tersebut dengan aman dan mengikuti prosedur yang ditetapkan.

“Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja dan bersyukur kepada Allah. Semuanya berlangsung dengan aman.

“Sekarang ini saya hanya ikut perintah dan terima kasih kepada semua,” katanya ringkas sebelum menaiki kenderaan polis.



ARTIKEL MENARIK: (Video) Ditanya Wartawan Kenapa Dahi Berdarah, Ini Respon Dari Farid Kamil Yang Mengejutkan!

loading...


Fadzil Zahari
Sementara itu, adiknya Fadzil Zahari berkata, dia berasa lega kerana Farid lebih tenang pada Isnin berbanding ketika ditahan.
“Sebelum ini saya nampak dia sangat tertekan, tetapi hari ini emosi dalam keadaan baik dan tenang. Mungkin kerana sokongan teman artis dan rakan media.
“Kami sekeluarga mementingkan kesihatan Farid dan berharap dia kembali pulih seperti biasa dan kita tengok macam mana nanti,” katanya.
Suami kepada pelakon, Yana Samsudin ini turut memohon maaf kepada pihak polis dan orang awam yang menjadi mangsa serangan Farid pada hari kejadian.
Pada 11 Januari lalu, Farid hadir ke Balai Polis Kota Damansara bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.
Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang ah long’.
Farid tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam.
Ujian saringan air kencing juga mendapati Farid positif dadah jenis ganja.
Farid telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.
Selain itu, Farid juga direman mengikut Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
Tempoh reman terhadap pelakon dan pengarah filem terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari yang ditahan bagi membantu sisatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini, dilanjutkan sehari lagi hingga Selasa.
Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Hairul Azhar Mohd Ishak mengeluarkan perintah sambung reman terhadap Farid, 37, di Mahkamah Majistret di sini, setelah tempoh reman sejak 12 Januari lalu berakhir pada Isnin.
Farid yang hadir kira-kira pukul 11.30 pagi dengan memakain kemeja dan berseluar lokap kelihatan tenang.
Malah, dia sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan rakan artis yang memberi sokongan.
Turut hadir di mahkamah adalah adiknya iaitu Fadzil Zahari serta rakan artis Azad Jasmin dan Azhan Rani.
Ini Menyebabkan Netizen Tertanya-tanya Dimanakah Diana?
Sumber : Mstar

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post