Penyanyi The Cranberries, Dolores O'Riordan meninggal dunia

Penyanyi The Cranberries, Dolores O'Riordan meninggal dunia

DUBLIN: Dolores O'Riordan, 46, penyanyi utama kumpulan rock, The Cranberries, dilaporkan meninggal dunia secara mengejut di London, lapor stesen penyiaran Ireland, RTE, sebentar tadi.

Penyanyi The Cranberries, Dolores O'Riordan meninggal dunia
Penyanyi The Cranberries, Dolores O'Riordan meninggal dunia

Menurut laman web rasmi The Cranberries, kumpulan itu yang berasal dari Ireland, mencapai puncak kemasyhuran pada sekitar 1990-an dengan lagu bertajuk 'Linger' dan mencatat rekod jualan sebanyak 40 juta unit.

Sementara itu, RTE yang memetik kakitangan publisiti O'Riordan melaporkan, mendiang meninggal dunia ketika sedang menghadiri sesi rakaman di London.

ARTIKEL MENARIK: “Dia tahu saya di sana. Dia berasa saya memegang tangannya. Itu perkara penting buat saya,” – Diana Danielle! Biarpun kelibatnya tidak kelihatan sejak suaminya ditahan reman, Datin Diana Dianelle yakin Farid ‘merasai’ sokongannya.

loading...

"Ahli keluarga amat terkejut selepas menerima berita kematian ini dan memohon supaya diberikan masa untuk bersendirian bagi menempuh tempoh sukar ini," lapor RTE yang memetik kakitangan publisiti terbabit.

- Reuters

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post