KUALA LUMPUR – Seramai 1.6 juta penjawat awam menerima bayaran khas berjumlah RM1,000 hari ini dan baki sebanyak RM500 lagi akan diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 7 Jun 2018.
Penjawat Awam Terima Durian Runtuh Hari Ini |
Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun Twitter miliknya.
ARTIKEL MENARIK: Free Kepala Bapak Kau ! – Netizen Berang Najib Menipu Lagi..??
loading...
Sebelum ini Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, pembayaran bonus akan dilakukan kerajaan selaras dengan pengumuman Najib dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu.
Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2018 Oktober lalu memaklumkan bayaran itu akan diberikan sebanyak dua kali, iaitu RM1,000 pada awal Januari depan, dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri.
Manakala katanya, bagi pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri. – astroawani.com
Post a Comment