Usahawan kosmetik popular, Nur Sajat Kamaruzzaman mengesahkan sudah bertemu pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Nur Sajat Jumpa Pegawai JAKIM, Bawa Ibu dan Bapa |
Nur Sajat ketika dihubungi berkata pertemuannya bersama Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof berlangsung pada pukul 3 petang tadi (Selasa).
“Beliau ada menghubungi saya untuk berjumpa dan sebagai seorang yang rasional mengapa perlu saya tolak?
“Tidak kisah apa pun isunya, orang jemput cara baik kita terima pun dengan hati terbuka, tiada masalah.
“Apa yang boleh saya katakan, perjumpaan tadi berlangsung dengan lancar dan aman.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mengambil berat tentang saya sehingga viral,” katanya yang turut membawa ibu dan bapanya dalam pertemuan bersama Jakim itu.
ARTIKEL MENARIK: Panas! Kali Pertama Bertentang Mata Selepas Direman, Diana Danielle Dilihat Menyelak Rambut Dan Cuba Melihat Kesan Luka Pada Dahi Farid Kamil! Selepas Itu Kedua-duanya Berbisik Seperti…
loading...
Dalam pada itu, Nur Sajat meluahkan rasa terkilannya terhadap sesetengah pengguna laman sosial yang suka mengeluarkan kata-kata kesat dan kurang sopan setiap kali memberi komen di laman sosial Facebook (FB) dan Instagram (IG)nya.
“Saya tidak kisah jika menegur saya dengan cara yang baik tetapi ada sesetengah mereka terang-terangan menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya.
“JAKIM sendiri menghubungi saya dan bercakap dengan cara baik tetapi mengapa mereka-mereka ini yang konon-kononnya ustaz dan ustazah media sosial mencaci maki?,” katanya kesal.
Dalam perkembangan lain, Nur Sajat kini sedang sibuk dengan single terbaharunya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
“Sedikit masa lagi, single terbaharu saya akan dilancarkan. Saya teruja menantikan maklumbalas daripada pendengar,” ujarnya.
Sebelum ini Jika ditanya siapakah yang sering disebut sebut dan meniti dibibir netizen ketika ini salah satunya ialah mengenai jutawan kosmetik terkenal, Nur Sajat. Siapa tidak kenal kan? Malah, hingga kini jantinanya diragui oleh netizen, ada yang percaya Sajat adalah lelaki yang bertukar pada wanita, atau Sajat dilahirkan sebagai Khunsa.
Eksklusif Pengakuan Ibu Sendiri Bagaimana Sajat Tukar Jantina
Okay tak payah pening pening. Kita dengar pula apa pengakuan ibu Sajat sendiri mengenai jantina anaknya itu. Ini ibu Sajat sendiri hookayyy. Okay lah, pengakuan ini diceritakan oleh ibu Sajat dalam satu dokumentari khas yang membicarakan hal hal pondan.
Eksklusif Pengakuan Ibu Sendiri Bagaimana Sajat Tukar Jantina
Ibu Sajat menceritakan, bahawa sedari kecil, Sajat sudah mula menunjukkan cenderungnya ke dalam dunia wanita apabila dia sering dan gemar bermain alat makeup. Malahan, Sajat juga sering memakai pakaian wanita milik kakaknya atau adiknya.
Selain daripada itu, ketika tidur juga Sajat mempunyai tabiat akan memakai kasut tumit tinggi milik ibunya. Naluri keperempuan dalam diri Sajat yang dilahirkan sebagai seorang lelaki amatlah kuat hingga dia sendiri nekad untuk menukar jantinanya.
Eksklusif Pengakuan Ibu Sendiri Bagaimana Sajat Tukar Jantina
Ibu Sajat menambah, dia adalah orang pertama yang mengesan perubahan Sajat apabila Sajat mula mengambil pil hormon sejak usianya 14 tahun. Namun walaupun dirinya maknya, Sajat ketika itu yang masih kecil telah mampu untuk mencari duit belanjanya sendiri.
Sebagai seorang ibu, pastinya berat dan sukar untuk menerima hakikat anak yang dilahirkan didunia adalah lelaki namun mengambil keputusan menukar jantina kepada perempuan. Segala cacian dan hinaan dari masyrakat membuatkan keluarga tidak menerima perbuatan Sajat. Namun, air dicincang takkan putus.
Eksklusif Pengakuan Ibu Sendiri Bagaimana Sajat Tukar Jantina
Menyedari Sajat itu adalah anak kandungnya, lama kelamaan mereka terpaksa menerima kenyataan. Ibu Sajat juga menasihati para ibu bapa agar tidak memulaukan atau membuang sekiranya mempunyai ahli keluarga yang bertukar jantina asal.
Eksklusif Pengakuan Ibu Sendiri Bagaimana Sajat Tukar Jantina
Apa yang seharusnya dilakukan ialah, tetap memberikan sokongan tidak berhenti pada mereka, kerana walaupun wajah dan jantina berubah namun jangan hati yang berubah. Adik Sajat juga mengatakan, abangnya tidak minta dilahirkan di dunia seperti ini.
Eksklusif Pengakuan Ibu Sendiri Bagaimana Sajat Tukar Jantina
“Sakit sebenarnya jadi macamni. Bayangkan kalau diri saya ini wanita, tiba tiba saya rasa saya yang lelaki,” ujarnya. Marilah kita bersama sama mendoakan agar Sajat kembali pulang ke jalan yang betul dan diredhai Allah dan tidak selamanya menjadi seorang wanita. Amin
Sumber : kisahbenar / kisahdunia
Post a Comment