Tergamak seorang bapa merogol dua anak tirinya yang berusia 13 dan 15 tahun di rumah mereka di Sungai Petani sejak Disember lalu.
Mula-Mula Ibu Tak Percaya.."Lelaki Kantoi Sedang Meraba Anak Tiri Dalam Bilik" |
Pemandu lori berusia 47 tahun itu akhirnya ditangkap selepas si isteri terlihat sendiri perbuatan terkutuk oleh suaminya itu di bilik tidutnya.
Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abd Hamid, berdasarkan laporan pengadu, suspek dikatakan merogol kedua-dua anak mereka sejak Disember 2017, petik Harian Metro.
Malah katanya, suspek turut mengugut supaya kejadian itu tidak diceritakan kepada sesiapa.
"Kedua-dua mangsa pernah menceritakan perbuatan suspek walaupun pada mulanya ibu mereka tidak mempercayai cerita disampaikan.
"Hinggalah wanita itu melihat sendiri suaminya meraba kedua-dua anak perempuannya sebelum cuba merogol mangsa,” katanya.
ARTIKEL MENARIK: Bersungguh tatap wajah ibu sebelum ajal “4 beranak teguk racun”
loading...
Menurutnya, susulan laporan polis diterima, suspek berjaya ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah ketika sedang memandu lori sekitar Amanjaya, Sungai Petani sebelum dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan lanjut.
Sumber: CARI
Post a Comment