Peserta Gegar Lawak, Tasha akui mahu dikenali kerana bakat dan bukannya sebagai adik kepada pelawak terkenal Achey Bocey.
“Memang Rahsiakan, Tak Sangka Orang Tahu” – Tasha Tidak Mahu Dikenali Kerana Achey Bocey! |
Tasha atau nama sebenarnya Nornatasha Hamzah, 25, berkata dia merahsiakan statusnya sebagai adik kepada Achey ketika menjalani sesi ujibakat program tersebut.
“Memang saya rahsiakan hubungan kami, ketika sesi ujibakat itu pun tidak ada siapa kenal saya.
“Tapi saya tak sangka pula lama-kelamaan status saya sebagai adik Achey akhirnya diketahui juga.
ARTIKEL MENARIK: "Jenis Tak Ada Kesedaran Sivik,Padahal Dah Jadi Bapak Orang" - Naik Eskalator Sambil Rakam Video, Hairul Dapat Kecaman Ramai Orang
loading...
“Secara jujur memang saya agak terkejut, bukan apa saya tidak mahu ada pihak membuat andaian saya mahu menumpang populariti abang.
“Lagi satu, saya risau juga sekiranya jangkaan penonton juga lebih tinggi selepas mengetahui hubungan kami berdua.
“Kalau boleh saya tidak mahu dibayangi abang dan lebih selesa jika dikenali kerana bakat,” katanya kepada Astro Gempak.
Mengulas mengenai penyertaannya dalam Gegar Lawak, Tasha memberitahu dia mendapat sokongan daripada abangnya.
“Ini merupakan pertandingan lawak pertama saya, tipulah kalau saya kata tak gementar. Bukan senang nak buat orang ketawa.
“Waktu saya beritahu Achey untuk sertai Gegar Lawak, dia memang beri galakan dan sokongan kepada saya untuk mencuba nasib.
“Sebelum ini saya pernah juga sertai Akademi Fantasia namun nasib tidak menyebelahi saya. Jadi saya buat keputusan untuk cuba program ini pula,” ujarnya.
Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.
Program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik, Ali Puteh dan Dzawin ditugaskan sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.
Manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap.
Gegar Lawak bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 10.00 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).
Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda, klik di sini —-> GEGAR LAWAK
Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’.
Tasya Tak Tumpang Populariti Achey
Tasya tidak pernah menggunakan pengaruh abangnya untuk mendapat tempat dalam bidang hiburan. Foto AZLINA ABDULLAH
PESERTA Gegar Lawak iaitu Tasya menegaskan tidak pernah menggunakan nama abangnya yang juga pelawak Achey untuk menempatkan diri sebagai peserta program itu.
Sebaliknya kata Tasha, 25, dia sendiri tidak mengetahui bagaimana hubungannya dengan Achey dapat dihidu ketika dia menghadiri uji bakat saringan kedua.
“Ketika saya hadiri uji bakat, saya langsung tidak menyebut nama Achey atau pertalian kami sebagai adik-beradik kerana ingin berdiri atas kaki sendiri.
“Tambahan pula saya tak rasa jika mereka tahu saya adiknya ia akan memberi kelebihan kepada saya.
“Cuma terkejut juga ketika saringan kedua ada orang bertanya sama ada saya adik kepada Achey?” katanya.
Tasya atau Nornatasha Hamzah ditemui pada sidang media pelancaran program itu yang diadakan di Comedy Planet, Kuala Lumpur pada Isnin.
Seramai 14 peserta terdiri daripada peserta solo, duo dan trio terpilih untuk berentap dalam pertandingan itu.
Ia bakal bersiaran pada 19 Januari ini, pukul 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (134).
Dalam pada itu, Tasya berkata, dia sebenarnya bimbang apabila umum mengetahui hubungan mereka kerana sedar akan ada pihak membandingkan kebolehannya berlawak.
Selain itu, dia juga tidak mahu dikatakan menumpang populariti abangnya dan bukan berdasarkan bakatnya sendiri.
“Saya cukup bimbang orang akan kata saya tak lawak macam Achey dan ia sebenarnya memberi lebih tekanan kerana jangkaan orang itu lebih besar.
“Tetapi itu tidak akan melemahkan semangat saya dan harap orang akan menilao saya sebagai Tasya dan bukannya adik kepada Achey,” jelasnya.
Sementara itu, Tasya berkata, Achey ada memberinya sokongan ketika dia menyatakan hasrat menyertai pertandingan itu.
Malah abangnya itu turut berkongsi pengalaman dan tip untuk menjadi seorang pelawak yang baik.
“Saya sedar buat lawak bukan mudah tambahan pula saya tampil solo.
“Mujur ada Achey yang banyak beri galakan dan tunjuk ajar. Ia sedikit sebanyak menaikkan keyakinan saya,” katanya.
Foto: Instagram @acheykintangkintung
Teks oleh: Mya Amri
Credit : Hangat Kecoh
Post a Comment