KUALA LUMPUR: Mayat pendaki yang terjatuh ketika memanjat Gunung Nuang, Hulu Langat dekat di sini, kelmarin berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat, semalam.
Mayat pendaki ditemui, dibawa turun |
Mayat Azlan Yahya, 47, ditemui pada jam 10.50 pagi dan berjaya dinaikkan sebelum dibawa ke Kem Pacat pada jam 5 petang.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, berkata pasukan penyelamat sedang berusaha membawa mayat mangsa ke Kem Lolo pula sebelum dibawa turun ke kaki gunung.
"Mayat mangsa dijangka akan dapat dibawa turun sekitar jam 2 atau 3 pagi, namun kita tidak dapat menjangkakan masa yang tepat.
ARTIKEL MENARIK: Pampasan Tidak Akan Dibayar Kepada Pemandu Yang Terlibat Dalam Kemalangan Dengan Polis Walaupun Punca Kemalangan Adalah Polis
loading...
"Ini kerana Gunung Nuang ini memang tinggi dan usaha membawa turun mayat mangsa memang mengambil masa," katanya dalam satu kenyataan ringkas, tadi.
Kelmarin, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.30 tengah hari yang memaklumkan seorang lelaki terjatuh di berhampiran puncak Gunung Nuang.
Susulan itu, sepasukan anggota mencari dan penyelamat terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) digerakkan naik ke gunung itu pada jam 3.15 petang bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Difahamkan, Azlan adalah adik bongsu kepada Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Profesor Dr Azizul Halim Yahya.
Sumber - https://www.bharian.com.my
Post a Comment