Masih Ingat Lagi Filem Masam Masam Manis. Jom Lihat Lokasi Dulu VS Lokasi Sekarang Yg Buat Semua Terpegun!

Masih Ingat Lagi Filem Masam Masam Manis. Jom Lihat Lokasi Dulu VS Lokasi Sekarang Yg Buat Semua Terpegun!

Masam-Masam Manis (ejaan lama Masam2 Manis) merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 21 Ogos 1965.

Masih Ingat Lagi Filem Masam Masam Manis. Jom Lihat Lokasi Dulu VS Lokasi Sekarang Yg Buat Semua Terpegun!
Masih Ingat Lagi Filem Masam Masam Manis. Jom Lihat Lokasi Dulu VS Lokasi Sekarang Yg Buat Semua Terpegun!

Filem Masam-Masam Manis diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Sinopsis

Norkiah tiba dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Kawan beliau, Ros, menawarkan kerja di kelab malam sebagai penyanyi. Norkiah menyewa bilik di Lojing Mak Minah.

Sewaktu mengalihkan perabut di dalam biliknya, beliau ditengking kerana membuat bising oleh Cikgu Shaari yang menyewa di bilik bersebelahan.

Cikgu Shaari seorang penjawat awam berpangkat guru sekolah rendah di Klang (yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Matematik) serta penyanyi di Copa Cabana Night Club.

Bermulalah episod perkelahian antara kedua-dua orang ini. Suatu hari, Cikgu Shaari dan Norkiah menaiki bas yang sama selepas habis mengajar. Beg duit Norkiah telah dicuri oleh seorang lelaki dan peristiwa ini telah diperhatikan oleh Cikgu Shaari.

ARTIKEL MENARIK: [VIDEO] Eina Azman sah mengandung ? Jelas nampak baby bump kat perut masa interview

loading...

Cikgu Shaari berjaya menolong Norkiah dan bermulalah bibit-bibit perkenalan mereka berdua. Prestasi Cikgu Shaari sebagai pendidik semakin bertambah baik. Mereka selalu berjumpa di Zoo negara.

Perkelahian mereka berakhir selepas mereka terpandang antara satu sama lain yang mana selama ini mereka berjiran. Cikgu Shaari dan Norkiah mengambil keputusan untuk berkahwin dan mereka masih tinggal di lojing tersebut.

Cikgu Shaari menyuruh Norkiah untuk berhenti kerja tetapi kontrak nyanyian Norkiah di Silver Tortoise Night Club masih berbaki 3 bulan lagi. Di suatu malam, Cikgu Shaari telah ditawarkan untuk merekodkan lagunya ke dalam piring hitam dengan syarat dia mesti bergandingan dengan seorang penyanyi wanita terkenal Norkiah Hanum di kelab Silver Tortoise.

Cikgu Shaari telah pergi ke Silver Tortoise dan berjumpa dengan Norkiah. Alangkah kecewanya hati Cikgu Shaari yang selama ini dia telah ditipu oleh isterinya. Mereka tidak tinggal sebumbung.

Hal ini membuatkan Salleh dan Rosnah berpakat untuk menyelamatkan rumah tangga Shaari dan Norkiah. Helah Salleh dan Rosnah berjaya lantas Shaari tewas dengan egonya lalu memaafkan dirinya dan menerima Norkiah semula sebagai isterinya.


5 tahun kemudian, Cikgu Shaari telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar sekolah dan mempunyai rumah yang besar serta keluarga yang besar dan bahagia.

Filem masam2 manis. lokasi dulu vs lokasi sekarang

Filem masam masam manis adalah hasil karya dari Tan sri P ramlee. Seperti yang diketahui filem filem beliau memang banyak menghiburkan dan menghiasi industri seni tanah air.

Filem masam masam manis adalah salah satu filem yang diarah oleh P ramlee. Pengambaran filem ini banyak dilakukan di sekitar kuala lumpur. Dengan memegang watak cikgu Shaari dalam filem tersebut. Didalam video ini kita boleh lihat sekolah yang dijadikan salah satu scene dalam cerita ini.

Kelas yang digunakan untuk murid murid yang membaca cikgu suka main bola hari hari cikgu main bola pun terdapat dalam video ini. Bilik mesyuarat bersama cikgu besar pun turut diberi nama bilik mesyuarat tan sri P Ramlee.

Lokasi sekolah tersebut ada ditunjukan didalam video ini semasa lakonan dan juga suasana sekarang. Selain itu kawasan zoo negara tempat cikgu shaari dating pun ada. Tapi apa yang menakjubkan adalah bilik sewa makcik pim pom pet pot ada didalam video ini.

Ia lodge mak minah. Gambar dahulu dan juga suasana bilik itu sekarang. Ini memang dapat mengimbau kenangan zaman kegemilangan Tan sri P Ramlee. Kawasan kawasan lain juga dapat di lihat seperti stadium merdeka. Masjid Universiti Malaya dan juga dewan serta tokong yang terdapat dijalan loke.

Boleh share jika video ini berguna

Kredit kerul nizam

Sila tonton video:


Sumber : Petuaviral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post