Memberikan penghormatan terakhir kepada si mati merupakan perkara yang penting sebagai tanda kasih dan sayang padanya. Dalam Islam, kita akan mencium jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan.
Dalam adat kematian masyarakat Cina, kebiasaannya mereka akan menanam mayat dengan harta dunia seperti wang, kereta dan rumah yang diperbuat daripada kertas.
Berbeza pula dengan lelaki India ini apabila dia memutuskan untuk mengebumikan mendiang bapanya dengan lambakan wang tunai berjumlah RM30,000!
ARTIKEL MENARIK: Tatap jasad kaku isteri .. Jururawat isteri anggota bomba maut pulang syif petang (8Gambar)
loading...
Kredit: China Press
Menurut laporan China Press, lelaki berkenaan telah memasukkan sejumlah wang yang sangat besar ke dalam keranda mendiang bapanya sebelum dikebumikan bersama di Kuala Lumpur pada 16 Januari lalu.
Tindakan ini dikatakan bertujuan untuk membalas jasanya bapanya. Dalam gambar di bawah, anda boleh lihat lambakan wang kertas bernilai RM50 memenuhi ruang keranda.
.
Kredit: China Press
Mendiang dilaporkan meninggal dunia akibat pelbagai jenis penyakit. Upacara pengebumian ini dijalankan di Selangor.
Susulan penyebaran gambar berkenaan secara meluas di media sosial, netizen telah memberikan pelbagai pandangan mengenai peristiwa tersebut.
Ada yang menyatakan keranda ini mungkin akan dicuri sementara itu ada juga netizen yang mempersoalkan sama ada wang kertas tersebut adalah wang sebenar atau palsu.
Ramai juga yang berpendapat ianya sebagai satu pembaziran namun siapalah kita untuk menghakiminya. Mungkin ini cara yang dirasakan mampu dilakukan bagi membalas jasa si ayah yang telah membesarkannya sejak kecil.
Sumber: World of Buzz
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Era Baru
Post a Comment