Kantoi Nak Buang Mayat Anak Girlfriend Dalam Semak. Memang Gerak Hati Polis Selalunya Kena, Syabas PDRM!!

Kantoi Nak Buang Mayat Anak Girlfriend Dalam Semak. Memang Gerak Hati Polis Selalunya Kena, Syabas PDRM!!

Kelakuan mencurigakan seorang lelaki merenung but kereta Proton Iswara Aeroback miliknya membawa kepada penemuan mayat seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dibunuhnya petang tadi.

Kantoi Nak Buang Mayat Anak Girlfriend Dalam Semak. Memang Gerak Hati Polis Selalunya Kena, Syabas PDRM!!
Kantoi Nak Buang Mayat Anak Girlfriend Dalam Semak. Memang Gerak Hati Polis Selalunya Kena, Syabas PDRM!!

Kejadian berlaku di kawasan semak di Kuala Baram dekat sini sekitar jam 5.55 petang tadi menarik perhatian dua anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) yang melakukan rondaan rutin di lokasi berkenan.

Sejurus menyedari kehadiran polis, suspek bergegas menutup but keretanya lalu memecut meninggalkan kawasan terbabit dan cuba meloloskan diri.

Curiga dengan keadaan itu, dua anggota polis bertindak mengejar suspek sejauh lima kilometer sebelum berjaya menahannya.

ARTIKEL MENARIK: Catatan Terakhir Seorang Bapa Sebelum Meninggal Dunia Selamatkan Anak Dari Kebakaran Buat Netizen Sedih

loading...


Hasil pemeriksaan lanjut kemudian membawa kepada penemuan mayat seorang remaja perempuan yang juga pelajar di sebuah sekolah menengah di bandar raya ini yang disembunyikan dalam but kereta suspek.
Hasil soal siasat mendapati suspek dipercayai cuba membuang mayat mangsa di kawasan semak berkenaan. Suspek seorang pekerja kedai perabot berusia 33 tahun berasal dari Kuala Lumpur telah ditahan.
Suspek adalah teman lelaki kepada ibu mangsa dan tinggal bersama ibu mangsa, kakak dan mangsa di sebuah rumah sewa di Permyjaya, Miri.
Difahamkan ibu mangsa keluar bekerja dan kakak mangsa pergi ke sekolah meninggalkan suspek dan mangsa sahaja di rumah.
Pada jam 11 pagi, berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa di mana suspek dipercayai mencekik mangsa sehingga mangsa mati. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post