Sebelum ini dunia hiburan Tanah Air sempat heboh dengan keakraban bintang Indonesia Agnez Mo dan Chris Brown.
Kantoi Jalan Pegang Tangan! Agnez Mo & Chris Brown Sah Bercinta |
Tak hanya media tempatan sahaja yang menyoroti tentang kemesraan mereka berdua, media antarabangsa pun turut memperkatakan tentang hubungan yang terjalin antara penyanyi dari dua negara ini.
ARTIKEL MENARIK: Hot & Gorgeous Macam Awek Korea- Anak Rozita Che Wan ‘Tayang’ Girlfriend Di Instagram.. Untung Lah
loading...
Beberapa foto mesra penyanyi popular Indonesia Agnes Monica dengan Chris Brown tular di media sosial sejak semalam.
Penyebaran foto tersebut turut menimbulkan spekulasi Agnes Monica atau lebih dikenali sebagai Agnez Mo kini dikatakan sedang menjalin cinta dengan bekas kekasih penyanyi Rihanna.
Menurut beberapa sumber, Agnez Mo dan Chris Brown mula intim selepas menjalin kerjasama dalam menjayakan single duet terbaharu mereka.
Menguatkan lagi spekulasi mereka sedang bercinta apabila Chris sendiri memuat naik fotonya bersama Agnez Mo di akaun sosial Instagram (IG)nya.
Malah, media antarabangsa turut mengatakan yang Agnez sedang bercinta dengan bekas teman lelaki Rihanna itu. Namun, sewaktu menghadiri acara Bright Awards Indonesia 2017 lepas, Agnez telah memberi sedikit klu yang dia akan muncul dengan satu projek istimewa bersama artis antarabangsa.
Meskipun, tidak menyebut nama Chris Brown tetapi Agnez ada mengatakan yang projek istimewanya itu pasti sudah tidak menjadi kejutan lagi kerana peminat pasti sudah mengetahui apa projek istimewa itu jika melihat Instagram-nya.
Khabar tersebut jadi tular setelah pasangan ini memuatnaik gambar bersama di sebuah studio pada akaun Instagramnya masing-masing.
Selain itu mereka berdua tertangkap kamera paparazzi menghadiri acara sambutan hari jadi DJ Khaleed bersama. Sememangnya mereka berdua terlibat dalam projek kolaborasi lagu On Purpose yang berada dalam album terbaru Chris Brown.
Menerusi entri yang di muat naik di Instagram, Agnes turut menulis ucapan bersempena hari jadi penyanyi lagu I’m The One itu.
“Selamat ulang tahun @djkhaled,” tulisnya pada keterangan foto.
Lebih menarik, portal hiburan di Amerika Syarikat melaporkan Agnes menghadiri majlis tersebut bersama rapper, Chris Brown.
Menurut laporan Hollywood Life, mereka berdua datang dan pulang bersama namun memilih untuk bergerak secara berasingan.
“Sepanjang acara mereka tidak bersama dan masing-masing duduk di kawasan yang gelap, rasanya mereka tak nak bergambar bersama.
“Sesekali mereka bertemu dan berbual sesuatu, namun tidak nampak kemesraan. Cumanya kami dapat merasakan seperti hubungan mereka lebih daripada teman,” kata sumber.
Terdahulu heboh di laman sosial mengatakan bekas kekasih Rihanna ini sedang menjalinkan hubungan cinta kerana mereka berdua dilihat memuat naik foto di Instagram.
Kini kemesraan pasangan ini kembali menjadi perhatian di media sosial selepas sebuah foto yang mempelihatkan kedua-duanya sedang menghabiskan waktu bersama di Disneyland, Amerika Syarikat. Dalam gambar yang diambil menerusi @theshaderoom Chris Brown dan Agnez Mo terlihat sedang berpegangan tangan.
Pengikut IG yang teruja melihat foto-foto tersebut turut mengucapkan tahniah sekiranya benar mereka sedang bercinta.
Bagaimanapun, peminat-peminat Agnez Mo muncul meminta orang ramai tidak membuat spekulasi kerana penyanyi kesayangan mereka itu tidak bercinta dengan Chris.
Mereka turut memuat naik lagu terbaru Agnez Mo dan Chris di laman Youtube.
Bagaimanapun, menurut laporan portal hiburan Indonesia, Agnez sebenarnya sudah mempunyai teman lelaki di Indonesia. Adoii, mana satu ni?
Sumber : The Shade Room via hangatkecoh.site
Post a Comment