Sebelum ini Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menerima baik sekiranya pelakon terkenal dan penerbit filem, Datuk Farid Kamil Zahari dengan rela hati memulangkan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).
“Farid Kamil Harus Faham Titah Raja, Kalau Saya Jadi Farid Saya Pulang Balik,” – Datuk Seri Adnan Yaakob |
Tengku Abdullah turut mengakui berasa dukacita selepas dikejutkan dengan tindakan pelakon tersebut yang ditahan dan didakwa di mahkamah kerana menampar seorang anggota polis di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
“Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran ini.
“Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini.
“Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik,” titah baginda kepada pemberita di sini semalam.
ARTIKEL MENARIK: [EXCLUSIVE]Perbezaan Umur 17 Tahun, Netizen Tuduh Pelakon Ahya Rosli Hanya Nak Duit Datuk A. Aida?.
loading...
Baginda bertitah demikian ketika mengadakan lawatan ke atas mangsa kebakaran tiga buah rumah di Perkampungan Sungai Isap di sini yang hangus dijilat api dalam kejadian petang kelmarin.
Sebagai rekod, Farid Kamil menerima anugerah DIMP di Istana Abu Bakar, Pekan pada 16 Disember tahun lalu yang membawa gelaran Datuk.
Ujar Tengku Abdullah lagi, baginda tidak mahu menghukum mana-mana pihak bergelar Datuk sekiranya individu terbabit melakukan kesalahan.
“Saya bukan mahu menghukum, tapi mereka sendiri yang tersalah langkah. Kalau kita hendak tarik semula (gelaran Datuk), kita juga harus mengikut prosedur.
“Tapi kalau dia hendak pulangkan, itu cara terbaik,” tambah baginda.
Dalam laporan kosmo pula, Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, 37, seharusnya memahami maksud titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung kedudukan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang dianugerahkan kepadanya sebelum ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, titah Tengku Abdullah mengenai pemulangan gelaran DIMP itu dizahirkan secara diplomasi yang menggambarkan keperibadian baginda sebagai seorang raja yang baik hati.
“Itu titah diplomasi. Baginda titahkan kalau pulangkan (darjah kebesaran) lebih baik. Sebenarnya kerajaan negeri juga boleh tarik balik dengan perkenan raja. Kalau saya jadi Farid saya pulang balik,” katanya selepas mengadakan kunjungan ke Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini, hari ini.
Kelmarin, Tengku Abdullah tanpa menyebut nama Farid mengakui, baginda berasa dukacita dengan tindakan pelakon berkenaan yang didakwa di mahkamah kerana menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 11 Januari lalu.
Farid merupakan antara artis tanah air yang menerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan pada 16 Disember lalu.
Pada Selasa lalu, suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam.
Berhubung kenyataan Datuk Mahfuz Omar yang dikatakan menghina Sultan Pahang dalam satu ceramah baru-baru ini, Adnan berkata, permohonan maaf Ahli Parlimen Pokok Sena itu mesti dilakukan tanpa sebarang syarat.
“Mahfuz telah minta maaf, tetapi dia kena minta maaf tanpa syarat. Jangan selepas minta maaf salahkan orang sana sini. Asas kita kena betul, kita kalau berucap kena fikir dahulu, kepentingan raja-raja jangan disentuh,” katanya.
Sumber : Utusan
Post a Comment