Primadona filem Melayu moden, Erra Fazira pada Rabu menegaskan ura-ura terbaharu kononnya dia bakal bertunang dan berkahwin dengan penyanyi Shahir dalam masa terdekat adalah tidak benar sama sekali.
Erra Fazira Perjelas Bakal Kahwin shahir 9 feb |
Erra atau Fazira Wan Chek berkata, selagi tiada sebarang pengumuman atau perkongsian daripada pihaknya sendiri mengenai perkara itu maka ia adalah spekulasi semata-mata.
“Orang (luar) boleh bercakap dan beri apa saja tarikh untuk tunang atau kahwin tapi semua itu bukan daripada (mulut) saya sendiri.
“Semua tarikh yang diperkatakan adalah spekulasi yang bukan datang daripada saya atau pengurusan saya. Selagi bukan daripada mulut saya maka anggaplah ia sekadar angin yang berlalu,” katanya.
Kekecohan timbul baru-baru ini apabila bintang berusia 43 tahun itu didakwa bakal mengikat pertunangan dengan Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 30, dalam masa terdekat dan berkahwin pada 9 Februari depan.
ARTIKEL MENARIK: “Ya Tuhannnnnn! Malu Lah Datuk Oi!” – Netizen Minta Datuk Seri Vida Jaga Aib Anak [VIDEO]
loading...
Erra memberitahu spekulasi mengenai perkahwinannya bukan datang daripada mulutnya sendiri.
Hubungan pasangan itu sering mencuri perhatian umum dengan pelbagai isu sejak mereka berkawan kira-kira empat tahun lalu.
Erra berkata, secara logiknya dia pasti berkongsi perkara besar itu kepada umum jika perancangan mengenai pertunangan atau perkahwinan benar-benar berlaku.
“Masalahnya benda itu memang tidak ada langsung. Kami masih berkawan macam biasa seperti yang saya terbuka kongsikan sebelum ini.
“Kalau ada (ketetapan tarikh) saya takkan kedekut untuk berkongsi termasuklah kepada media. Saya kenang jasa dan sokongan media kepada saya selama ini,” katanya.
Tambahnya, perancangan ke arah perkahwinan tidak pernah diperkatakan dan bukan keutamaan baginya ketika ini.
“Pada tahun ini apa yang saya nampak keutamaan adalah pada kerja. Hal jodoh itu urusan Allah. Buat masa ini apa yang saya nampak dan rancang untuk untuk urusan kerja.
Hubungan Erra dan Shahir mendapat perhatian sejak empat tahun lalu.
“Tapi bukan bermakna saya mahu menidakkan andai jodoh tiba pada tahun ini. Cuma perancangan khusus tentang kahwin belum diperkatakan lagi,” katanya.
Malah, Erra berkata, dia juga meminta pertimbangan semua pihak agar tidak terus mengasaknya dengan hal-hal peribadi berkaitan Shahir pada masa akan datang.
“Macam saya sudah jelaskan sebelum ini janganlah tanya saya lagi apa-apa isu atau masalah peribadi membabitkan Shahir lagi pada masa akan datang.
“Kami memang berkawan tapi hal peribadi dia saya letakkan batas dan tidak mencampuri langsung pun.
“Cuma sudah tentu sebagai orang yang dekat dengannya saya ada menasihatinya untuk menjadi lebih baik dan menyelesaikan isu-isu yang timbul tapi lebih daripada terletak pada dirinya sendiri,” katanya yang kini bernaung di bawah pengurusan MindOrder Management.
Post a Comment