13 Jan – Rentetan daripada dakwaan adik Datuk Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari yang mengatakan abangnya itu tertekan kerana tidak berjumpa dengan anak-anak telah masuk ke fasa seterusnya.
“Diana Dan Farid Masih Tinggal Sebumbung,” Ibu Diana Danielle Sahkan Hubungan Anak Dan Menantunya Baik-Baik Sahaja |
Kini, giliran ibu mertua Farid Kamil pula yang menafikan dakwaan Fadzil itu dengan mengatakan hubungan antara Farid dan isterinya adalah baik seperti biasa dan tiada apa pun yang berlaku dalam rumahtangganya.
Menurut Ibu kepada Datin Diana Danielle, Norsiah Ramli telah mengsahkan bahawa anaknya masih lagi tinggan sebumbung dengan suaminya sehingga kejadian yang berlaku di Balai Polis Kota Damansara baru-baru ini.
Norsiah berkata, dia pelik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Fadzil Zahari yang kononnya abangnya itu tertekan kerana dihalang daripada bertemu dengan anak-anaknya iaitu Muhammad, 5 dan Aurora, 3.
ARTIKEL MENARIK: Fesyen Jadi Ikutan, Nabila Razali Tiru Gaya Neelofa? Cuba Tengok Gamba, sama ke?
loading...
“Diana dan Farid masih tinggal sebumbung, hubungan mereka baik-baik sahaja dan rumahnya hanya beza satu tingkat sahaja daripada rumah saya,” kata Norsiah
Beliau juga menjelaskan bahawa, jika Diana pergi kerja, anak-anaknya akan ditinggalkan bersama beliau dan kerap juga ke rumah Farid untuk mengambil barang-barang cucu-cucunya itu.
Norsiah juga mengakui bahawa baru-baru ini Diana dan anak-anak tidur dirumahnya kerana pulang lewat daripada latihan projek filem.
“Cuma Farid tidak ada menghubungi atau melawat. Saya tidak pernah terfikir untuk melarang atau menghalang Farid dari bertemu anak-anaknya sejak dulu,” tambah Norsiah lagi.
“Jika nak jumpa atau rindu, anak-anak ada di rumah saya dan dia boleh datang bila-bila masa. Irtu yang saya terkejut apabila dia dikatakan rindu anak-anak sehingga mengalami tekanan,” ujarnya.
Menurut Norsiah lagi, pembantu rumah Farid memaklumkan Farid nampak gembira apabila bertemu dengan Aurora yang sangat rapat dengannya.
“Anak-anak juga sempat bermain dan tidur di rumahnya minggu lalu. Hubungan Farid sangat rapat dengan anak-anak sejak dulu,” katanya
Baru-baru ini, Datuk Farid Kamil telah ditahan selepas didakwa menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya dan mahkamah mengeluarkan perintah reman selama 4 hari bermula pada Jumaat.
Norsiah enggan mengulas lanjut tentang penahanan menantunya itu dan menyerahkan semua kepada pihak polis menjalankan siasatan.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment