Seorang Pelajar remaja wanita di temukan maut mengerikan dipercayai dirogol berulang kali sebelum dibunuh dengan kejam.
Demi Sebuah Harga Diri. Ajal Pertahan Maruah |
Mayat pertama kali ditemukan oleh ibunya di bilik mandi rumah mereka jalan satria medan pada jumaat semalam kira-kira jam 19.00.
Ketika ditemukan,tangan dan mulut mangsa yang dikenali sebagai Anggi Syahputri 16 di ikat, perutnya juga penuh dengan luka tikaman.
Lebih memilukan apabila wajah remaja perempuan itu hancur dipercayai di hentam menggunakan benda tumpul seperti batu.
ARTIKEL MENARIK: Pengguna BMW Diiktiraf Sebagai Pemandu Paling Biadap Di Atas Jalan Raya
loading...
Mangsa juga dipercayai turut dirogol sebelum di lemaskan dalam baldi berisi air hingga meninggal dunia.
Reskrim Polsek Percut Seituan, Iptu Philip Antonio yang menyiasat kes berkata,pihak mereka mempercayai pembunuhan Anggi dilakukan oleh orang terdekat.
“Mangsa dibunuh ketika tidak ada orang dirumah,pihak kami percayai suspek adalah orang dekat”katanya ketika dihubungi pagi ini.
“Dari hasil siasatan awal kami,mendapati adanya tanda-tanda bekas perlawanan mangsa di lokasi kejadian.kemungkinan besar mangsa melawan ketika dipaksa melakukan hubungan intim”tambahnya
Bagaimanapun misteri pembunuhan gadis malang itu mulai menemui titik terang apabila salah seorang saksi melihat dua lelaki datang berkunjung kerumah itu sebelum mayat di temukan.
“Tadi ada dua orang lelaki datang kerumah itu,entah itu kawan atau kekasihnya,kami tak tahu”kata saksi.
Sejak daripada itu siasatan pihak polis mulai mengembang ke arah kekasih mangsa yang dilaporkan hilang sejak semalam.
Demi Pertahankan Maruah Adik Dirogol Abang Pula Dibunuh
KLUANG: “Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin Mohamed Ishak yang hanya mahu dikenali sebagai Alya, 15.
Menurutnya, dalam kejadian jam 2 pagi Selasa lalu, suspek yang juga rakan abangnya memasuki kediaman mereka dalam keadaan mabuk bersama seorang lagi rakannya. “Mereka memang sering datang ke sini. Bagaimanapun, pada malam kejadian mereka berkelakuan pelik dipercayai akibat mabuk.
“Ketika seorang lagi rakannya tidur di ruang tamu, dia menyelinap masuk ke bilik sebelum cuba merogol saya,” katanya.Alya berkata, dalam kejadian itu, dia meronta dan berjaya meloloskan diri, manakala suspek melarikan diri bersama rakannya.
“Saya memaklumkan kejadian itu kepada ibu sebelum sampai ke pengetahuan abang.
“Berikutan itu, abang (Nurul Amin) mencari suspek, namun tidak menemuinya hinggalah mereka bertemu di satu kawasan di bandar Kluang, malam kelmarin.“Sebaik menemuinya, abang membawa rakannya itu ke kawasan stor berhampiran rumah kami untuk berbincang sebelum keadaan menjadi tegang,” katanya.
menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai buruh kasar di sini dipercayai maut akibat parah pada lehernya selepas dikelar menggunakan objek tajam.Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kehilangan banyak darah sebelum dihantar ke Hospital Kluang, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan berkata, akan membuat sidang akhbar hari ini.
menurut ibunya,Saya hanya mampu menjerit meminta tolong dan menutup kesan kelar menggunakan tangan bagi mengurangkan darah memancut keluar. Sebagai ibu, saya hanya mampu memangkunya dan berharap ada orang tampil memberikan bantuan.“Beberapa minit kemudian, seorang jiran menawarkan kenderaan untuk membawa anak saya ke hospital.
Malangnya, sebaik mengangkat tubuhnya ke dalam kereta, badannya mulai sejuk dan dia sudah tiada,” kata Saemah Mogeri, 43, ibu kepada mangsa bunuh di Jalan Sentosa, di sini, kelmarin.Difahamkan, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, Nurul Amin Mohamed Ishak, 22, dipercayai cuba mempertahankan kehormatan diri adiknya yang disyaki cuba diperkosa seorang rakannya, namun mangsa maut selepas lehernya dikelar dengan objek tajam.
Sebelum kejadian, mangsa membawa tiga lelaki dipercayai rakannya bagi menyelesaikan masalah peribadi yang berlaku antara mereka, Selasa minggu lalu.
Saemah berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah dan menerima panggilan telefon daripada anaknya yang memaklumkan sudah menemui tiga lelaki itu di sekitar bandar Kluang selepas cuba mengesan mereka sejak hampir seminggu lalu.
Saemah berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah dan menerima panggilan telefon daripada anaknya yang memaklumkan sudah menemui tiga lelaki itu di sekitar bandar Kluang selepas cuba mengesan mereka sejak hampir seminggu lalu.
kesimpulan daripada cerita ini.semoga kita lebih berhati-hati untuk memilih kawan jauhkan berkawan dengan orang-oarng yang mengambil minuman keras atau arak kerana arak adalah raja kejahatan.Bukan mudah untuk mencari kawan sejati susah senang sentiasa bersama namun apa yang penting elakkan berkawan dengan orang yang tidak boleh dipercayai..
Sumber:eberita
Post a Comment