Daripada Korang Mengeluh Susah Nak Dapat Rumah, Jom Baca Permohonan My Deposit Perumahan Negara

Daripada Korang Mengeluh Susah Nak Dapat Rumah, Jom Baca Permohonan My Deposit Perumahan Negara

Nih admin nak remind kat ampa.. permohonan MyDeposit sudah dibuka 15 hb tu hari. Tarikh tamat 15 Februari 2018.

Daripada Korang Mengeluh Susah Nak Dapat Rumah, Jom Baca Permohonan My Deposit Perumahan Negara
Daripada Korang Mengeluh Susah Nak Dapat Rumah, Jom Baca Permohonan My Deposit Perumahan Negara

Skim ini adalah pembiayaan deposit sehingga RM30 ribu tanpa perlu dibayar balik khas daripada kerajaan pusat untuk pembeli rumah pertama. Jangan kata admin tak payung naa..

ARTIKEL MENARIK: Permohonan BR1M dilanjut sehingga 25 Januari

loading...

Point penting: TANPA PERLU BAYAR BALIK!

Cuba try apply tengok. Semoga berjaya.





KPKT akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut :

• Warganegara Malaysia
• Berumur 21 tahun dan ke atas
• Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu
isi rumah adalah TIDAK LAYAK.
• Pendapatan isi rumah antara RM3,000 sehingga RM15,000

Kriteria Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :
• Projek perumahan baharu yang berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja
• Harga pembelian rumah RM500,000 dan ke bawah
• Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan
• Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK

Senarai dokumen (mandatori) yang perlu dimuatnaik dalam Sistem MyDeposit (format: .pdf)

• Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
• Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran tanggungan
• Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
• Salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil penceraian
• Akuan Bersumpah pengesahan bujang
• Akuan Bersumpah bekerja sendiri/ tidak bekerja
• Surat pengesahan majikan pemohon dan pasangan. Maklumat diperlukan: status perkhidmatan/ perkerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan
• Penyata gaji terkini pemohon dan pasangan
• Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan pemohon dan pasangan
• Salinan Laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat(CCRIS) pemohon dan pasangan
• Surat tawaran /pengesahan terkini pembelian rumah daripada pemaju perumahan berlesen
• Surat sokongan dan pengesahan pemimpin tempatan
• Salinan Bil Elektrik/ Air kediaman terkini

Share this:

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post