Kasih bapa walaupun jarang ditunjuk tetapi ianya hingga hujung nyawa. Seorang bapa meninggal dunia selepas sesak nafas selepas menyelamatkan anak bongsunya dalam kebakaran rumahnya di Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Catatan Terakhir Seorang Bapa Sebelum Meninggal Dunia Selamatkan Anak Dari Kebakaran Buat Netizen Sedih |
Tambah memilukan, mangsa Ahmad Fakhrurazi ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sambil memeluk anaknya yang berusia 3 tahun.
Anak saudara mangsa, Ahmad Syahir Azizi Ahmad Zulfa, 18, berkata dia yang tiba di rumah neneknya yang terletak bersebelahan rumah mangsa ada melihat kepulan asap.
“Pada mulanya saya ingatkan ada orang membakar sampah sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan kecil dan cermin pecah dari rumah bapa saudara, beberapa minit kemudian.
ARTIKEL MENARIK: Selepas Lima Tahun Dipenjara, Anwar Ibrahim Akan Dibebaskan Jun Depan? Bekas Banduan Berani Mati Dedah Kelakuan Dan Realiti Kehidupan Sebenar Anwar Ibrahim Dalam Penjara. Memang Sungguh Tak Sangka Anwar Macam Itu!!
loading...
“Saya bergegas keluar melihat apa yang berlaku dan ternampak bapa saudara terbaring di halaman rumah sambil memeluk anak bongsunya di dada,”
Anak bongsu mangsa hanya menangis dalam pelukan bapanya, namun tiada kecederaan dialami kanak-kanak berkenaan sebelum diambil oleh neneknya.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia sebaik pasukan perubatan tiba di lokasi untuk memberikan rawatan kecemasan,”
Ahmad Fakhrurazi Shafie sempat memuat naik satu status mengenai kematian pada 7.22 pagi semalam. Sehingga 2.30 petang tadi, status itu turut menerima reaksi termasuk ‘Like’ daripada 256 orang, selain dikongsi sebanyak 32 kali dengan 135 komen.
Status dimuat naik mangsa meruntun rakan Facebook sebaik mengetahui kejadian berkenaan. Antara lain yang dimuatnaik Allahyarham adalah seperti berikut:
Ketika kejadian berlaku, isteri mangsa dan tiga lagi anaknya sudah keluar untuk ke tempat kerja dan ke sekolah. – www.kakishare.tv
Post a Comment