Bos Yakuza diberkas oleh polis Jepun selepas gambar tatunya menjadi tular di sosial media

Bos Yakuza diberkas oleh polis Jepun selepas gambar tatunya menjadi tular di sosial media

Bekas bos Yakuza, iaitu gangster yang dikehendaki polis Jepun akhirnya berjaya ditangkap di Thailand selepas gambar tatunya yang unik tular di media sosial.

Bos Yakuza diberkas oleh polis Jepun selepas gambar tatunya menjadi tular di sosial media
Bos Yakuza diberkas oleh polis Jepun selepas gambar tatunya menjadi tular di sosial media

Seorang warga Thailand teruja dengan tatu tersebut menangkap gambarnya tanpa mengetahui individu tersebut merupakan seorang ‘kepala gangster’. Gambar itu juga tular di media sosial dan dikongsi oleh 10,000 pengguna sosial media sehingga menjadi perhatian polis Jepun.

ARTIKEL MENARIK: VIRAL Lelaki Ni Bertindak Masuk Ke Dalam Kotak Dan Mengepos Dirinya Sendiri Dari Uk Ke Us. Apabila Kotak Dibuka, Akhirnya Dia Telah…

loading...


Shigeharu Shirai, 72, bekas orang nombor satu kumpulan Kodokai, berjaya ditahan oleh Unit Tindakan Khas Thailand ketika sedang membeli-belah di pasar di Lopburi, Thailand.
Selepas terlibat dalam pembunuhan penolongnya dan beberapa siri tembakan pada tahun 2003, dia menjadi buruan polis Jepun.
Selepas kejadian itu, Shigeharu melarikan diri ke Thailand pada tahun 2005. Kemudian, dia telah berkahwin dengan wanita tempatan dan menjalani kehidupan seperti biasa di Thailand.
Apabila pihak polis mengetahui tentang hal ini, mereka telah meminta kebenaran daripada polis Thailand untuk mengambil tindakan.
Menurut jurucakap polis Thailand, General Wirachai Songmetta,” Suspek mengakui dirinya sebagai ketua kumpulan Kodokai.”
Tujuh lagi anggota kumpulan tersebut berjaya ditahan polis dan sedang dihukum penjara selama 12 hingga 17 tahun.
Dia juga hidup secara persembunyian dengan menumpang rumah rakannya dan menetap di hotel. Selain itu, suspek turut mengaku masih berhubung dengan kumpulannya dan menerima wang dua hingga tiga tahun sekali.
Hasil siasatan turut mendapati, Shigeharu tinggal di Thailand secara haram tanpa pasport dan visa. Oleh itu, suspek akan didakwa di Thailand dahulu sebelum didakwa di Jepun.
Sumber: Suara TV & erabaru

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post