Berang Kerana Mak Tak Bagi Duit Beli Dadah, Anak Naik "Hantu" Bakar Rumah Pusaka

Berang Kerana Mak Tak Bagi Duit Beli Dadah, Anak Naik "Hantu" Bakar Rumah Pusaka

Seorang penagih dadah 'naik hantu' dan bertindak membakar rumah pusaka peninggalan arwah bapanya kerana berang tidak mendapat wang daripada ibunya, lapor Harian Metro.

Berang Kerana Mak Tak Bagi Duit Beli Dadah, Anak Naik "Hantu" Bakar Rumah Pusaka
Berang Kerana Mak Tak Bagi Duit Beli Dadah, Anak Naik "Hantu" Bakar Rumah Pusaka

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang di FELDA Jengka 11, Maran semalam bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa berikutan ibu lelaki itu yang juga ibu tunggal tiada di rumah ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, suspek berusia 33 tahun dipercayai pernah mengugut mahu membakar rumah mereka sejak beberapa hari lalu kerana ibunya enggan memberinya duit untuk membeli dadah.

"Selepas mendapat maklumat mengenai kejadian berkenaan, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menangkap suspek di sekitar kawasan rumah berkenaan.

ARTIKEL MENARIK: Racun Dan Cekik Majikan Sehingga Mati, Lalu Mayatnya Dihumban Ke Sungai

loading...

"Suspek yang juga seorang penganggur dan mempunyai lima rekod kesalahan lampau itu kini ditahan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api," katanya.

1.jpg

2.jpg

3.jpg

4.jpg

5.jpg

6.jpg

7.jpg

8.jpg

9.jpg

10.jpg

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata, pihaknya yang menerima panggilan 2.27 petang berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 30 minit.

"Sebuah jentera dihantar ke lokasi dan ketika sampai di lokasi berlaku kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal sedang terbakar.

"Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu air daripada tangki jentera. Kebakaran itu menyebabkan 90 peratus rumah terbakar. Bagaimanapun jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Sumber: The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post