Bakal Suami Paksa Ikuti Kursus Kahwin Balik, Penting Untuk Ingat Kembali ‘Agak Janggal Sebab Kami Saja Yang Berusia’ – Dynas Mokhtar

Bakal Suami Paksa Ikuti Kursus Kahwin Balik, Penting Untuk Ingat Kembali ‘Agak Janggal Sebab Kami Saja Yang Berusia’ – Dynas Mokhtar

PELAKON Dynas Mokhtar tidak kisah menjalani kursus kahwin buat kali kedua meski pernah mengikut ketika perkahwinan pertama dahulu.

Bakal Suami Paksa Ikuti Kursus Kahwin Balik, Penting Untuk Ingat Kembali ‘Agak Janggal Sebab Kami Saja Yang Berusia’ – Dynas Mokhtar
Bakal Suami Paksa Ikuti Kursus Kahwin Balik, Penting Untuk Ingat Kembali ‘Agak Janggal Sebab Kami Saja Yang Berusia’ – Dynas Mokhtar

Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 35, berkata sekurang-kurangnya kursus itu membolehkan dia ‘refresh’ semula mengenai alam perkahwinan sebelum berkahwin dengan tunangnya, Shazrik Din, 34, pada April ini.

“Saya dan Rik (Shazrik) pergi kursus kahwin Sabtu lalu. Agak kelakar juga, sebab peserta lain semua muda dan kami saja yang sedikit berusia.

“Pada mulanya, saya cakap kepada Rik sudah pernah pergi, tetapi dia ajak juga. Malah, dalam nada berseloroh dia bagi ‘amaran’. Kalau nak kahwin dengan dia, kena pergi juga. Kalau tidak, tak boleh kahwin,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Dynas, sepanjang dua hari mengikuti kursus itu, bakal suaminya banyak kali mengingatkan mengenai tanggungjawab selepas berkahwin nanti.

ARTIKEL MENARIK: Didi Astillah dan Chacha Maembong terlibat kemalangan

loading...

“Rik banyak kali ulang apa yang ustaz ajar. Dia pula beri ‘ceramah’ semula. Dia cakap, dalam perkahwinan ini kena berhati-hati dan banyak berkomunikasi.

“Malah, dia juga pesan kalau berkahwin nanti tidak boleh buat keputusan sendiri. Sentiasa berbincang dalam apa jua perkara ingin dilakukan,” katanya.

Ditanya mengenai tarikh perkahwinan mereka, Dynas berkongsi majlis nikah bakal berlangsung pada April ini.

“Sebelum ini tidak ada tarikh yang ditetapkan. Malah, kami pernah rancang nak nikah pada Februari atau Mac.

“Namun, selepas mengadakan perbincangan dengan kedua belah pihak, semua bersetuju pilih April. Namun, saya belum boleh berkongsi tarikh.

“Insya Allah, saya akan maklumkan kepada semua. Jadi, doakan segala yang dirancang berjalan lancar dan urusan kami dipermudahkan Allah,” katanya.

Pasangan ini bertunang pada Oktober tahun lalu selepas empat tahun bercinta.

Sumber; mymetro





Untung La Dynas Nak Bernikah Tahun Hadapan.. Bakal Suami Dynas Seorang Yang Bersahaja Tetapi Bukan Calang Calang Orang… Jom Lihat Wajah Beliau

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar yang akan akan menamatkan zaman solonya pada April tahun hadapan!

Setelah empat tahun menjalani kehidupan ibu tunggal bersama dua orang anaknya, kini pelakon filem Impak Maksima ini bakal menamatkan era keseorangannya apabila selamat bertunang pada Khamis lalu.

Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar telah mengikat tali pertunangan bersama tunangnya, Shazrik Din di kediaman keluarganya di Shah Alam, Selangor.




“Alhamdulillah, saya lega kerana hubungan kami sejak tiga tahun lalu kini melangkah ke fasa yang lebih serius iaitu pertunangan. Insya-Allah, tidak lama lagi kami berdua akan langkah ke gerbang perkahwinan.

“Saya sentiasa berdoa impian untuk memiliki kehidupan berkeluarga yang sempurna seperti wanita lain akan dipermudahkan. Majlis pernikahan kami dijangka berlangsung pada April tahun depan, cuma tarikh belum ditetapkan.


dynas-3.png


“Keluarga kami merestui hubungan ini. Begitu juga dengan dua anak saya hasil perkahwinan terdahulu iaitu Khyra Khalyssa, 7, dan Mohamed Haqaish, 5. Mereka begitu terbuka dan gembira menerima kehadiran Shazrik,” katanya dipetik BH Online.

Tambah menarik lagi, hari pertunangan mereka dibuat pada hari ulang tahun kelahiran Shazrik yang ke-35.

Sudah pasti mereka meraikan kedua-dua majlis itu dengan gembira. Khabarnya, mereka menyambut ulang tahun kelahiran Shazrin di sebuah restoran di ibu kota selepas majlis pertunangan itu selesai.




Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya turut membantu menjayakan majlis tersebut.
Sementara itu, Dyanas menyatakan yang majlis pernikahannya itu akan diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan.

“Jika ditanya mengenai perancangan hari depan, kami sepakat untuk mengadakan pernikahan disusuli majlis resepsi kecil. Insya-Allah, ia akan berlangsung di sebuah dewan secara tertutup dan hanya dihadiri mereka yang rapat,” ujarnya.

Dalam pada itu, peminat-peminatnya turut membanjiri laman Instagram pelakon ini dengan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagian mereka.

Semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Tahniah sekali lagi! – MYNEWSHUB.CC/SA
Via: hangat kecoh

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post