Bakal Pengantin Maut Ketika Membaca Al-Quran

Bakal Pengantin Maut Ketika Membaca Al-Quran

Innalillahi wa innailahi rojiun..itulah ucapan kata-kata takziah yang di ucapkan oleh ribuan natizen di media sosial apabila seorang gadis pelajar lulusan terbaik Akademika Universitas Islam Hasanuddin Makassar meninggal dunia pagi semalam 4/1/2018.

Bakal Pengantin Maut Ketika Membaca Al-Quran
Bakal Pengantin Maut Ketika Membaca Al-Quran

Lebih memilukan Arwah yang dikenali sebagai Aisyah Bahar meninggal dunia dipangkuan ayahnya tercinta.

ARTIKEL MENARIK: Bayi 11 bulan maut diracun bapa

loading...

Katanya, Arwah yang sedang mengaji Al-Quran selepas solat subuh tiba-tiba rebah sebelum  disahkan meninggal dunia.
Menurut satu sumber Andi Wahyuni ,Sepupunya ketika itu tengah menjalankan ibadah puasa sunat kamis dan dikabarkan bakal menikah tidak lama lagi.
“Meninggal setelah solat subuh,sedang membaca ayat AL-Quran. kondisinya sedang puasa sunnah. Akhir hayatnya mengucap Laa ilaaha illallah. Innalillah..Padahal beliau sebentar lagi akan menikah.katanya
Sementara menurut ayah arwah Andi Bahar Jufri menceritakan,pada malam kejadian anaknya itu memaklumkan mahu puasa sunat kamis.
“Selepas makan sahur kami pergi Solat Subuh di masjid. Pulang dari masjid, arwah minta tolong untuk mendengarkannya mengaji dan  memeriksa bacaannya.
“Hanya dalam beberapa ayat, tiba tiba arwah rebah dipangkuan saya dan Sempat mengucap sebelum meninggal dunia”katanya.
Kata Bahar lagi,anaknya itu selama ini tidak pernah mengalami sakit yang serius,namun sehari sebelum kejadian arwah mengadu sakit kepala.
Mengulas mengenai perkahwinan arwah beliau berkata, memang benar mereka telah menemukan jodoh anaknya itu dan kedua-dua ahli keluarga telah pun setuju,hanya tinggal menunggu hari yang dipersetujui oleh kedua pihak.ujarnya
EBerita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post