Anggota polis sanggup bergadai nyawa, parah dilanggar suspek ketika sedang bergelut

Anggota polis sanggup bergadai nyawa, parah dilanggar suspek ketika sedang bergelut

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal tercedera di bahagian muka, mulut, kaki dan tangan selepas dilanggar penjenayah yang cuba meloloskan diri di Jalan Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh semalam, lapor Harian Metro.

Anggota polis sanggup bergadai nyawa, parah dilanggar suspek ketika sedang bergelut
Anggota polis sanggup bergadai nyawa, parah dilanggar suspek ketika sedang bergelut

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan S.Somu berkata, Unit Ronda Bermotosikal (URB) menghubungi pihaknya memaklumkan bahawa pihak URB terpaksa melepaskan empat das tembakan terhadap Honda Civic kerana kenderaan itu cuba menghimpit dan melanggar mereka.

“Menurut keterangan anggota polis itu, mereka menemui dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di Simpang Empat, Jalan Rawang – Kuang. Apabila mereka mendekati suspek, kedua-dua lelaki itu melarikan diri dengan memecut kereta terbabit,” katanya.

ARTIKEL MENARIK: Gara-Gara Makan Sushi Mentah Setiap Hari, Lelaki Ini Terkejut Cacing Pita Sepanjang 1.6 Meter Keluar Dari Dubur..

loading...

26733766_1578365555551296_30442335549556
Anggota terbabit dikatakan mengejar suspek dan mengarahkan mereka menghentikan kenderaan. Namun, mereka bertindak di luar kawalan dengan melanggar seorang daripada anggota tersebut sehingga terjatuh dan menyebabkan anggota berkenaan melepaskan satu das tembakan ke arah kereta suspek.

Manakala, seorang lagi anggota URB mengejar suspek sehingga Kampung Kubu Gajah sebelum mereka menghentikan kereta dan melarikan diri ke rumahnya yang terletakdi Jalan Paya Jaras Hilir, 500 meter dari kampung tersebut.


“Ketika anggota terbabit mahu menahan mereka, suspek sekali lagi mengundur dan melanggar motosikalnya menyebabkan dia terpaksa melepaskan tiga das tembakan ke arah kereta itu,” katanya lagi.

26993823_1578365622217956_54548672887932
“Pemandu kereta terbabit berjaya melarikan diri, manakala seorang lagi suspek berusia 49 tahun berjaya ditahan dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya yang memaklumkan suspek mempunyai lima rekod jenayah.

Beliau berkata, pihak polis forensik sudah menjalankan siasatan di lokasi kejadian di mana kereta itu ditinggalkan di Kampung Kubu Gajah.

“Kami masih memburu seorang lagi suspek yang melarikan diri dalam kejadian itu bagi tindakan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh bagi membantu siasatan,” katanya.

26903715_1578365642217954_26708129882413

26239434_1578365585551293_22939342937353
Via: SK

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post