Seperti yang sedia maklum, penyanyi Misha Omar telah melangsungkan pernikahan dengan seorang juruterbang syarikat MAS pada 2 Mei 2014.
5 Foto Wajah Terkini Idris Ezzwa, Anak Kepada Misha Omar Yang Jarang Dipertontonkan Kepada Umum! Alahai, Comelnya… |
ARTIKEL MENARIK: Tiada "Job" Pinjam Ah Long, 300 Artis Sedang Diburu
loading...
Biodata Firos Ezzwan Rossly Suami Misha Omar
Nama Penuh: Firos Ezzwan Bin Rossly
Umur: 32 Tahun
Asal: Subang Jaya Selangor
Pekerjaan: Juruterbang Syarikat Malaysia Airlines (MAS)
Nama Isteri: Samihah Omar (Misha Omar)
Asal Isteri: Kota Bharu Kelantan
Tarikh Pertunangan: Februari 2014
Tarikh Nikah: 2 Mei 2014
Sebelum ini Misha dilaporkan bersalin awal tiga minggu namun dengan kelahiran secara normal pada 24 Ogos lalu di Hospital Canselor Tunku Mukhriz , Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, pada jam 10.20 malam.
Menerusi BH Online, Misha mengakui melalui pengalaman yang mencabar sepanjang anaknya ditahan di wad dan dalam pengawasan doktor selama seminggu. “Alhamdulillah, tiada yang lebih menggembirakan apabila doktor memaklumkan perkembangan kesihatan Idris bertambah baik dan dibenarkan pulang. Sepanjang seminggu lalu, saya melalui getir episod kehidupan baharu yang menguji kasih sejati seorang ibu,” ujarnya.
Tambah Misha, walaupun mempunyai pengalaman membesarkan dua anak angkat sebelum ini iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4, namun dia dan suaminya, Firos Ezzwan Rosly banyak mempelajari perkara baru sejak kelahiran Idris. Dalam pada itu Misha menjelaskan doktor menasihatinya untuk tidak menerima kunjungan tetamu dalam masa terdekat sehingga Idris benar-benar sihat. Demi permintaan ramai, Misha sudi berkongsi wajah Idris dan berterima kasih di atas doa dan ucapan tahniah yang diterima daripada semua orang. Misha juga kini semakin sihat dan dalam proses menyesuaikan diri dalam keadaan baru.
Pasti ramai yang ingin melihat gelagat terkini Muhammad Idris Ezzwa, anak lelaki Misha Omar yang kini sudah berusia setahun lebih.
Melihat gambar yang dikongsikan oleh Misha di laman Instagram, siapa yang tidak geram dengan telatah dan gelagat anak penyanyi ini yang semakin membesar.
Untuk makluman, anak Misha ini dilahirkan secara normal pada 24 Ogos 2016 di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras.
Sumber : myartis
Post a Comment