2 Tahun Dia Kejutkan Aku Untuk Solat Subuh, Kini Semuanya Hanya Tinggal Kenangan

2 Tahun Dia Kejutkan Aku Untuk Solat Subuh, Kini Semuanya Hanya Tinggal Kenangan

Perpisahan adalah suatu yang nyata, setiap yang bernyawa pasti akan mati

2 Tahun Dia Kejutkan Aku Untuk Solat Subuh, Kini Semuanya Hanya Tinggal Kenangan
2 Tahun Dia Kejutkan Aku Untuk Solat Subuh, Kini Semuanya Hanya Tinggal Kenangan

Adik beradik yang dahulunya rapat akan meninggalkan satu sama lain, suami isteri yang telah berkahwin akan berpisah dari alam dunia menuju ke alam akhirat.

Perpisahan yang bersifat abadi lah yang paling menyeksakan kita sebagai seorang makhluk Allah. Tidak kiralah berpisah dengan manusia mahupun berpisah dengan haiwan.

Kucing adalah makhluk yang menjadi kawan baik manusia hari ini adalah hari yang sangat perit dalam hidup saya di tahun 2018.

Kucing kesayangan saya, kucing yang sentiasa menemani saya akhirnya meninggalkan kami untuk selamanya dia telah menghembuskan nafas terakhir pada 24/1/2018.

ARTIKEL MENARIK: ‘Air Mata Ayah Jatuh…’ – Adik Kongsi Detik Pengadilan Perbicaraan Kes Buli & Bunuh Zulfarhan Osman, Pelajar Universiti Pertahanan Nasional M’sia!

loading...


2 Hari saya cuba menahan diri untuk meredhakan pemergiannya namun tetap terkenangkan tingkah lakunya yang comel dan manja.
Hari ini pukul 1 tengahari dia dah tak ada, kehilangannya cukup besar bagi kami sekeluarga.
Rumah yang dahulunya riuh dengan gelagatnya kini menjadi sunyi sepi, tiada lagi suara rengekannya untuk bermain keluar.

Dulu dia suka minta itu ini, nak beli makanan yang sedap-sedap, kini suaranya amat dirindui.
Tiada lagi yang mengejutkan saya ketika waktu subuh berkumandang, kalau dulu dia akan menjilat telinga saya dan mengeow untuk membangunkan saya, kini semua itu hanya tinggal kenangan.
2 Tahun dia hidup bersama saya, tidur bersama makan bersama kini saya terpaksa melakukan semua itu sendiri.

Daripada kehidupan say yang susah sampai sekarang kehidupan menjadi senang. Dia lah kawan dia lah sahabat yang tak pernah mengkhianati saya.






Kucing yang selalu buat kami gembira walaupun dia hanya kucing kampung, tapi amat bermakna  dalam kehidupan kami sekeluarga.

Comel kami amat rindukan kamu, rumah yang dulu selalu riuh rendah dengan gelagat kamu kini menjadi sunyi.

Maafkan kami sebab tak sempat bawa kamu ke vet untuk rawatan, kami tak akan lupakan kamu comel.

Sumber : lanteraemas.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post