SHAH ALAM: Dua remaja maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan di Plaza Tol Batu Tiga di sini, awal pagi tadi.
KEADAAN kereta mangsa kemalangan di Plaza Tol Batu 3, Shah Alam, pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM |
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata dalam kejadian jam 6.36 pagi itu, ketiga-tiga mangsa menaiki sebuah Perodua Kancil dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.
"Kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun itu dipercayai gagal dikawal lalu melanggar plaza tol berkenaan.
"Susulan pelanggaran itu, dua rakannya yang menumpang dalam kereta iaitu seorang remaja lelaki berusia 21 tahun dan seorang perempuan berusia 20 tahun maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pemandu kereta terbabit hanya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut.
ARTIKEL MENARIK: Bertambah, 1,665 mangsa banjir di 18 pusat pemindahan Pahang
loading...
"Lelaki yang maut berasal dari Kampung Padang Sungai Congkak, Hulu Langat manakala remaja perempuan berasal dari Taman Pinggiran Pedas, Pedas, Negeri Sembilan.
"Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam (HSA) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sumber - https://www.bharian.com.my
Post a Comment