Tergamak ratah cucu usia 5 tahun

Tergamak ratah cucu usia 5 tahun

Lelaki berusia 66 tahun ditahan polis selepas dipercayai mencabul cucu tirinya di rumahnya di USJ 9, Subang Jaya, semalam.

Tergamak ratah cucu usia 5 tahun
Tergamak ratah cucu usia 5 tahun

Suspek ditahan di rumahnya kira-kira 10 malam selepas polis menerima laporan kejadian itu.

ARTIKEL MENARIK: Identiti & Ganjaran bunuh lelaki mangsa gilis dan tikam di johor

loading...

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Choo Lily berkata, kejadian disedari ibu mangsa ketika mengambil anaknya yang berusia 5 tahun dari rumah datuk tirinya, Isnin lalu.

Menurutnya, ibu mangsa terhidu bau busuk dari kemaluan mangsa.

“Mangsa menyatakan rasa sakit di bahagian kemaluan dan memberitahu ibunya, datuk ada memasukkan sesuatu ke dalam kemaluan mangsa.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Choo berkata, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

“Polis sedang menjalankan siasatan sama ada mangsa tinggal bersama suspek atau hanya dihantar sementara ke rumah suspek.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post