Suspek utama kes bunuh johor berjaya di tahan

Suspek utama kes bunuh johor berjaya di tahan

JOHOR BAHRU: Penahanan dua individu telah membawa kepada 4 orang suspek utama termasuk wanita atas kes pembunuhan tikam dan gilis di sebuah stesen di Taman Pelangi, Ahad lalu.

Suspek utama kes bunuh johor berjaya di tahan
Suspek utama kes bunuh johor berjaya di tahan

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata semalam pihaknya menahan seorang lelaki dan seorang wanita di Pulau Pinang, manakala suspek lain ditahan di Singapura dengan bantuan polis Singapura.

ARTIKEL MENARIK:  Alhamdulillah, Cikgu Azizan Bebas, Netizen Mahu Hantar Bekalan Gam Kepada Murid

loading...

“Terkini pada hari ini, seramai empat lelaki ditahan di Johor oleh Pasukan Siasatan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan adalah seramai 13 orang.

“Semua suspek ditahan berusia antara lingkungan 16 hingga 26 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata, polis masih meneruskan siasatan bagi mengesan beberapa lagi suspek dikehendaki bagi membantu siasatan.

Terdahulu, pagi tadi Majistret Noor Aisyah Ahmad membenarkan penahanan reman enam individu termasuk seorang wanita selama reman tujuh hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian jam 7.30 malam Ahad lalu, mangsa maut selepas disyaki ditikam sebelum dilanggar dan digilis kereta ketika mengisi angin tayar dalam kejadian pergaduhan di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian dada kiri.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post