JAWA BARAT: Seorang lelaki yang kini berdepan perbicaraan kerana menjadi suspek utama dalam kes bunuh paling gempar di Indonesia, Muhamad Kholili, 23, mengaku sedia menerima hukuman mati atas kesalahannya.
Suami Durjana Sempat Tidur Dengan Mayat Isteri Sebelum Mangsa Dikerat Dan Dibakar.. |
Menurut kronologinya, pembunuhan itu terjadi pada Isnin (4 Disember) lalu.
ARTIKEL MENARIK: Kej@m!! (Video) Lelaki Dit1kam, Dil@nggar Dan D1gilis Sehingga Mat1! Yang Lemah Semagat Dilarang Tonton..
loading...
Bermula daripada pertengkaran, Kholili yang memukul isterinya, Siti Saadah, 21, hingga tidak sedarkan diri melakukan lebih daripada itu.
Dia telah mengerat jasad isterinya kepada tiga bahagian, membuangnya di dua lokasi berbeza dan datang semula pada hari berikutnya untuk membakar keratan jasad itu kerana bimbang ditemui orang ramai.
Dalam satu laporan media tempatan, Kholili berkata, pada Isnin malam itu dia masih tidur di rumah sewa mereka, dengan mayat isterinya.
“Saya letakkan mayat Siti di ruang tengah, dia atas karpet. Saya tidur di ruang depan,” akuinya.
Pada keesokan harinya, Selasa (5 Disember), Kholili terpikir untuk membuang mayat Siti, namun terlebih dahulu dia mengeratnya.
“Saya sedia dihukum mati. Ini tanggungjawab saya,” ujar Kholili dalam satu wawancara eksklusif dengan Suara.com di Karawang, Jawa Barat, Jumaat lalu.
Dalam wawancara itu, Kholili menyatakan kekesalan atas perbuatannya – yang boleh membawa hukuman mati, atau hukuman penjara seumur hidup, atau penjara sementara selama 20 tahun.
Kholili memberitahu, ibu bapanya sempat menemuinya ketika dalam tahanan.
Menurutnya, mereka sama sekali tidak menyangka dirinya sanggup membunuh isteri sendiri sekejam itu, mamandangkan sebelum ini dia tidak pernah ada masalah dengan pihak polis dan undang-undang.
“Saya meminta maaf kepada orang tua saya, karena selalu menyusahkan mereka. Saya juga ingin minta maaf kepada orang tua Siti. Saya minta maaf kerana telah gelap mata. Saya akan terima apapun hukumannya,” tuturnya.
Kholili yang bekerja sebagai pembantu am pejabat sebelum ini pernah mendakwa, dia bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan desakan isterinya yang mahu dibelikan kereta.
“Jangankan hendak beli kereta, beli susu untuk anak kami pun susah,” ujarnya yang hanya bergaji bulanan sekitar 3.8 juta Rupiah (RM1,140). Kholili dan Siti Saadah mempunyai bayi yang baru masuk usia dua tahun.
Dalam wawancara eksklusif itu, Kholili berkata, oleh kerana pendapatan yang hanya ‘cukup-cukup’ untuk menyara tiga orang, Siti ambil keputusan untuk bekerja.
Siti mendapat pekerjaan sebagai petugas pemasaran kompleks perumahan di Karawang.
“Dia dapat gaji 5 juta Rupiah (RM1,500). Kerana perbezaan gaji itu, harga diri saya diinjak-injak," tuturnya.
Kholili berkata, isterinya itu sudah mula lupa tugas sebagai isteri, malah dirinya sering dimarahi dan dikasari secara fizikal. Malah, anak mereka diminta dihantar ke rumah ibu bapa Kholili di Bogor untuk menguruskannya.
Pada masa sama, perbelanjaan untuk keperluan Siti semakin meningkat tapi semua itu menggunakan wang Kholili. Dari soal makan (Siti tidak mahu memasak lantas serng makan di luar), hinggalah menanggung ansuran motosikal Kawasaki Ninja.
Selain kos belanja yang bertambah kerana suka mendandan diri di salon, akhirnya puncak kemarahan Kholili apabila Siti mendesak mahu dibelikan kereta pula, atas sebab terpengaruh dengan teman-teman berkereta dan alasan memerlukannya untuk ke tempat kerja.
Ketika itulah pertengkaran berlaku, hingga membawa kepada kes pembunuhan itu.
Pihak polis memberitahu, Kholili telah cuba membuat laporan kepada pihak berkuasa tentang kehilangan isterinya selepas itu.
Oleh kerana terdapat banyak kecurigaan dalam laporannya, pihak polis telah menubuhkan pasukan siasatan khas untuk membongkar dan menyelesaikan kisah pembunuhan tersebut.
Sehingga hari ini, kes bunuh itu masih menjadi antara liputan utama di semua syarikat media Indonesia, dan terus diperbualkan oleh rakyat dan netizen republik tersebut.
Sumber: Astro Awani
Post a Comment