Ketika Ramai Artis Meluahkan Perasaan Mempertahankan Baitulmaqdis, Tetapi Tidak Hafiz Hamidun . Inilah Jawapan Beliau Kerana Tidak Mempertahankan Baitulmaqdis Di Sosmed..

Ketika Ramai Artis Meluahkan Perasaan Mempertahankan Baitulmaqdis, Tetapi Tidak Hafiz Hamidun . Inilah Jawapan Beliau Kerana Tidak Mempertahankan Baitulmaqdis Di Sosmed..

KUALA LUMPUR: Ketika banyak pihak termasuk golongan artis menggunakan media sosial untuk meluahkan kemarahan berhubung tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, Hafiz Hamidun pula mengambil pendekatan lebih berhati-hati dalam hal itu.

Ketika Ramai Artis Meluahkan Perasaan Mempertahankan Baitulmaqdis, Tetapi Tidak Hafiz Hamidun . Inilah Jawapan Beliau Kerana Tidak Mempertahankan Baitulmaqdis Di Sosmed..
Ketika Ramai Artis Meluahkan Perasaan Mempertahankan Baitulmaqdis, Tetapi Tidak Hafiz Hamidun . Inilah Jawapan Beliau Kerana Tidak Mempertahankan Baitulmaqdis Di Sosmed..

Kata penyanyi dan komposer berusia 33 tahun itu, bukan beliau bersikap tidak peduli mengenai perkara terbabit apabila tak memuat naik sebarang kenyataan bantahan berkaitan isu berkenaan, sebaliknya beliau berwaspada apabila mahu berbuat begitu.

ARTIKEL MENARIK: “Kau jaga anak dalam perut tu sudah. Jaga mulut tu sekali” – Giliran Jihan Muse dikecam netizen. Nabil turut beri respon balas

loading...

“Ramai yang bertanya kepada saya, kenapa tak ‘tweet’ dan tidak letak dalam Instagram berhubung isu itu? Bagi saya, perkara sebegini memerlukan kita mengetahui faktanya.

“Apa saja yang kita kongsi sekalipun, pada penghujungnya, kita memang perlu mempertahankan Baitulmaqdis sebagai kota suci. Bukan saja umat Islam, sebaliknya penganut Kristian dan orang Yahudi pun mengaku Baitulmaqdis sebagai bandar suci mereka.

“Kita perlu ingat, di negara ini ada pelbagai bangsa dan agama, bukan saja orang Islam.

“Jadi, sebelum membuat sesuatu kenyataan, penggunaan bahasa kita harus diperhati, bagi menjaga sensitiviti. Kita boleh mempertahankan ideologi, pandangan ataupun nak boikot sekalipun, tetapi penggunaan bahasa itu sendiri perlu menunjukkan pendirian kita,” katanya.

Enggan memperlihatkan diri sebagai seorang yang ekstrim dalam menyatakan sesuatu, Hafiz berkata, beliau akan meluahkan pendiriannya berhubung perkara itu apabila tiba masa sesuai nanti.

“Walaupun saya tidak menulis atau muat naik sesuatu di laman sosial sebagai tanda bantahan, tak semestinya saya tidak menyokong atau membantah. Yang lantang bersuara juga bukan bermakna mereka tahu semua perkara, manakala yang berdiam diri pula tidak bererti bodoh.

“Cuma, jangan sampai bahasa yang kita keluarkan itu adalah salah, sehingga menjadi fitnah dan berlaku kesilapan fakta. Saya tetap berasakan kita perlu mempertahankan perkara ini, cuma apa yang Trump katakan itu bukanlah pengakhiran atau akan betul-betul terjadi.

“Dia hanya menyatakan sokongannya, sebaliknya ada 220 negara lagi di dunia yang boleh mengatakan pendirian tidak menyokong kenyataannya itu.

“Janganlah kita terlalu emosi dan kalau hendak menyatakan bantahan, kita kena tengok juga pada isu dan masanya,” katanya sambil menyatakan, beberapa saluran lain juga boleh digunakan bagi meluahkan tanda bantahan masing-masing.

Sumber: berita harian


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post