Pengiktirafan Baitulmaqdis oleh trump
Presiden Donald Trump mengundur semula dasar berdekad lama Amerika Syarikat (AS) dengan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, langkah yang bakal mengancam proses keamanan Timur Tengah dan mengecewakan rakan dan musuh AS.
Kami boleh musnahkan Malaysia dalam 1 saat |
Trump mengumumkan pentadbirannya akan memulakan proses memindah kedutaan AS di Tel Aviv ke Baitulmaqdis, yang dijangka ambil masa bertahun. Tindakan itu tidak pernah diambil oleh presiden terdahulu untuk mengelakkan ketegangan.
ARTIKEL MENARIK: Rodok kemaluan budak 6 tahun Pakai kayu hingga maut
loading...
Baitulmaqdis adalah kota suci bagi ramai penduduk Islam, Yahudi dan Kristian, dan statusnya menjadi cabaran terbesar dalam mencapai persetujuan damai antara Israel dan Palestin.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyambut pengumuman Trump sebagai “peristiwa bersejarah” tetapi hubungan rapat AS dengan negara lain seperti Britain dan Perancis menjadi kritikal.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata AS melepaskan peranannya sebagai orang tengah dalam inisiatif damai, dan puak sekular dan Islamis menyeru mogok dan perhimpunan diadakan pada hari ini.
Masyarakat antarabangsa tidak memperakui kedaulatan Israel ke atas seluruh bandar Baitulmaqdis kerana percaya status itu patut diselesaikan menerusi rundingan. Tiada negara lain mempunyai kedutaan mereka di Baitulmaqdis.
Keputusan Trump memenuhi janjinya pada kempen pilihan raya presiden dan akan menggembirakan pihak konservatif dan evangelis Republikan, yang menjadi sebahagian besar daripada jumlah penyokongnya.
“Saya sudah tentukan, sudah tiba masa untuk memperakui Baitulmaqdis secara rasmi sebagai ibu negara Israel,” kata Trump pada ucapannya di Rumah Putih.
“Walaupun presiden terdahulu membuat perkara ini satu janji kempen, mereka gagal melaksanakannya. Hari ini, saya melaksanakannya.”
Keputusan Trump berisiko membangkitkan ketegangan di rantau yang sudah pun bergelut dengan konflik di Syria, Iraq dan Yaman.
Bantahan tercetus di sekitar ibu negara Jordan, Amman, yang didiami oleh pelarian Palestin dan ratusan pembantah berkumpul di luar konsulat AS di Istanbul.
Israel menganggap Baitulmaqdis sebagai ibu negara mutlaknya dan mahu semua kedutaan berpangkalan di sana. Rakyat Palestin mahu Baitulmaqdis berada pada sektor timur bandar itu yang ditawan Israel dalam perang Timur Tengah pada 1967 iaitu satu langkah tidak pernah diperakui seluruh dunia.
Menurut Netanyahu, sebarang perjanjian damai dengan Palestin haruslah menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang mana memang tidak dipersetujui Palestin jika perjanjian itu bermaksud seluruh bandar itu dikawal sepenuhnya oleh Israel.
Keputusan Trump itu juga membangkitkan keraguan tentang kebolehan pentadbirannya untuk meneruskan inisiatif damai yang diketuai berbulan lama oleh menantu lelaki yang juga penasihat kanannya, Jared Kushner, di mana ianya disasarkan untuk mewujudkan kembali rundingan yang sudha tertangguh lama itu.
Tiada sebarang petunjuk menunjukkan Trump meminta Netanyahu apa-apa balasan apabila beliau memberitahu pemimpin Israel itu tentang keputusannya pada Selasa, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.
Tetapi Aaron David Miller, bekas perunding Timur Tengah untuk pentadbiran Republikan dan Demokrat, berkata Trump yang berbangga menggelar dirinya sebagai perunding hebat, mungkin sedang mewujudkan satu platform untuk meminta konsesi Israel nanti.
“Ini mungkin kes di mana Trump meletakkan sedikit madu sekarang untuk menunjukkan kepada rakyat Israel beliau presiden paling berpihak pada Israel, namun selepas ini beliau akan meletakkan sedikit cuka,” katanya.
susulan itu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengatakan angkatan tentera Malaysia bersedia hanya menunggu arahan pucuk pimpinan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersiap siaga, menunggu isyarat dan arahan daripada pucuk pimpinan dan payung negara untuk menyumbang peranan sewajarnya dalam isu Baitulmaqdis.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, negara harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung isu berkenaan.
“Saya yakin, sebagai Menteri Pertahanan, apa jua arahan daripada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, akan terus kami junjung.
“Panglima Angkatan Tentera (Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor) dan ATM pastinya sudah siap siaga,” kata Hishammuddin dalam ucapan pengulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Baitulmaqdis, tentera malaysia perang palestin, Angkatan Tentera Malaysia, pertahankan Baitulmaqdis
Beliau berkata tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel merupakan tamparan hebat bagi seluruh dunia Islam.
“Awal minggu ini, kita dikejutkan dengan berita yang sangat membimbangkan berhubung kestabilan geo-politik dunia. Marilah kita berdoa dan terus berdoa agar konflik ini tidak membawa ke ambang kemusnahan,” katanya.
Dalam masa sama, Hishammuddin turut memohon para perwakilan untuk berdiri dan memberi tepukan gemuruh sebagai menunjukkan penghargaan kepada para perajurit negara, yang disifatkannya sebagai perwira tidak didendang, dalam mempertahankan negara.
Beliau berikrar selagi menyandang jawatan Menteri Pertahanan, dengan sokongan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, usaha membela kebajikan tentera dan veteran serta keluarga mereka akan terus dilaksanakan.
“Kedaulatan negara bukan hanya mengenai kecanggihan dan kelengkapan aset serta teknologinya, tetapi ia juga banyak bergantung kepada kesanggupan para perajurit yang berkorban jiwa dan raga.
“Kami di Kementerian Pertahanan percaya bahawa anggota tentera kita mampu melakukannya apabila mereka mengetahui keluarga yang ditinggal terjaga dan terbela,” katanya.
Baitulmaqdis, tentera malaysia perang palestin, Angkatan Tentera Malaysia, pertahankan Baitulmaqdis
Hishammuddin turut berjanji bahawa selagi menjadi Menteri Pertahanan, beliau tidak akan membiarkan walaupun seinci tanah di negara ini dicerobohi dan diganggu gugat mana-mana pihak.
Beliau bagaimanapun menyelar tindakan pembangkang yang sering mempersenda dan bersandiwara sehingga hal keselamatan tidak terlepas daripada permainan mereka.
“Ini termasuk insiden Lahad Datu yang didakwa pembangkang satu sandiwara kerajaan…aset ketenteraan dan kapal selam turut diperlekeh malah hak penempatan tentera sebagai pengundi turut dipertikai.
“Tetapi apabila berlaku bencana dan huru-hara, Angkatan Tentera juga yang dicarinya,” katanya.
Beliau turut menyelar dakwaan sesetengah pihak di Pulau Pinang yang menafikan sumbangan anggota keselamatan negara dalam membantu semasa insiden banjir di negeri yang diperintah DAP itu demi agenda politik. – Bernama
Hinaan Berat dari laman berita Israel
berita tentera Malaysia telah bersedia hanya menunggu arahan telah tersebar diseluruh dunia hingga sampai ke portal israel. Dari perkongsian page tersebut mereka boleh menghancurkan Malaysia dalam masa 1 saat!
jika dilihat ayang ditulis seolah-olah Malaysia budak lembik yang mudah disepak terajang.
susulan itu Netizen mengesa seluruh rakyat Malaysia Boikot produk keluaran yahudi walaupun tak banyak namun jika rakyat Malaysia bersatu tak mustahil produk mereka takkan terjual sekaligus dapat melumpuhkan ekonomi mereka
Post a Comment