Saya Luv Islam – Selepas lama berdiam diri, akhirnya Imam Besar Masjid Al-Aqsa pula bangkit memberi sindiran pedas kepada umat Islam negara kejiranan lain yang banyaknya hanya duduk diam tak bertindak seperti Turki. Ikuti kemaskini berita tersebut.
SHEIKH SABRI MULA BERSUARA
Isu Baitulmaqdis. Ini KATA PEDAS Imam Besar Masjid Al-Aqsa Buat Jutaan Umat Islam TERKEDU |
Imam veteran Masjid Al-Aqsa dan bekas Mufti Besar, Sheikh Ikrima Sabri, berkata pada hari Jumaat bahawa negara-negara Arab terlalu sibuk berlawan satu sama lain untuk bimbangkan tentang Al Haram Al Sharif, Aljazeera.net melaporkan seperti dipetik dari Middle East Monitor.
ARTIKEL MENARIK: “Arahan daripada YDP Agong Sultan Muhammad V, akan terus kami junjung…”-Isu Baitulmaqdis. Ini Respon BERANI Pasukan ATM Yang Ditunggu Ramai !
loading...
Bercakap dalam khutbah Jumaat, Sheikh Sabri mengatakan bahawa Amerika melalui Donald Trump secara terangan umum Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel yang baru. Apa tindakan kita ?
Beliau mengatakan:
Ini bukanlah ujian bagi kami kerana pendirian kami, sebagai penduduk Jerusalem, sangat jelas, tetapi ujian bagi kehendak negara-negara Arab yang lemah secara diplomatik kerana perbalahan mereka terhadap satu sama lain.
IMAM 78 TAHUN NI PERNAH TERKENA PELURU GETAH ISRAEL
Imam Sabri telah terkena dua peluru getah yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan Israel kerana beliau menentang tindakan yang dibuat oleh kerajaan Zionis terhadap penduduk Palestin.
Imam yang berusia 78 tahun itu berkata bahawa orang Arab sibuk membeli senjata “untuk membunuh satu sama lain.”
SERUAN KEPADA DUNIA ISLAM
Di bawah slogan “Hari Kemarahan”, ramai pemimpin Palestin menyeru kepada umat Islam melakukan solat berjemaah berhampiran Masjid Al-Aqsa atau sekurang-kurangnya di pusat pemeriksaan Israel jika mereka tidak dapat melepasi.
Sementara itu, dalam satu kenyataan, Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, telah memberi amaran bahawa serangan Israel terhadap Masjid Aqsa dan perangnya terhadap Jerusalem “akan membangkitkan bara di bawah abu dan menghidupkan kembali intifada Jerusalem”.
Sumber: Khalifah Mail Online via Laicikang
Post a Comment