Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan bahawa kegiatan maksiat berlangsung ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU).
“Ia fitnah terbesar, perlu ada bukti, jika tidak, dia yang patut dihukum kerana memfitnah” – Datuk Dr Asyraf Wajdi nafi berlaku maksiat, khalwat di Perhimpunan Agung UMNO |
Asyraf berkata dakwaan yang dilemparkan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno Bahagian Klang Wan Asshima Kamaruddin adalah fitnah besar dan perlu didatangkan dengan bukti.
ARTIKEL MENARIK: Perdana Menteri Maklum Hutang Dijamin Kerajaan Adalah Sebanyak RM217.37 Bilion
loading...
“Ia fitnah terbesar, perlu ada bukti, jika tidak, dia yang patut dihukum kerana memfitnah” – Datuk Dr Asyraf Wajdi nafi berlaku maksiat, khalwat di Perhimpunan Agung UMNO
“Fitnah besar yang perlu didatangkan bukti. Prinsip Islam sesiapa yang membuat tuduhan dan dakwaan mesti membawa bukti.
“Kalau tidak, dia yang patut dihukum kerana memfitnah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Asyraf berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Wan Asshima yang berkata setiap kali PAU berlangsung, banyak berlaku pasangan yang berkhalwat.
Menurut Wan Asshima, ini berdasarkan pengetahuan selama 17 tahun pernah bersama parti itu.
Dakwaan Wan Asshima itu disiarkan di portal Harakahdaily semalam, sehari sebelum berlangsungnya PAU2017. Bagaimanapun, hari ini kenyataan Wan Ashima itu telah diturunkan dari portal rasmi PAS itu.
Dalam laporan itu, Wan Asshima mencabar pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat operasi besar-besaran bagi menangkap pasangan khalwat.
“Berapa ramai pasangan yang berkhalwat, berapa ramai pasangan bukan Islam bersama dengan orang Islam.
“Dekat situ kita tengok, berapa ramai pasangan isteri orang, suami orang bersama dalam satu bilik,” Asshima dipetik berkata oleh Harakahdaily.
Malaysiakini sedang menunggu maklum balas daripada Harakahdaily berhubung perkara itu.
PAU 2017 bermula hari ini sehingga 9 Disember 2017 ini di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC).
Sumber: MK
Post a Comment