Enam Suspek Direman 7 Hari Kes Bunuh Di Stesen Minyak.

Enam Suspek Direman 7 Hari Kes Bunuh Di Stesen Minyak.

JOHOR BAHRU: Kes pembunuhan kejam di sebuh stesen minyak di Taman Pelangi Ahad lalu, polis menahan ‘enam individu’ ternasuk seorang wanita direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Enam Suspek Direman 7 Hari Kes Bunuh Di Stesen Minyak.
Enam Suspek Direman 7 Hari Kes Bunuh Di Stesen Minyak.

Empat individu di tahan awal pagi tadi sekitar Bandar raya ini menjadikan keseluruhan yang di tahan seramai enam orang termasuk semalam di tahan dua orang.

ARTIKEL MENARIK: 'Boikot McDonald dan Starbucks itu satu tindakan yang betul?' - Lelaki ini kongsi beberapa fakta untuk anda nilai sendiri

loading...

Pihak polis mendapatkan reman daripada Majistret Noor Aisyah Ahmad yang membenarkan permohonan tersebut dan memerintahkan semua suspek di tahan selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat mendiang yang berada di Pusat Peringatan Nirvana Jalan Skudai selama tiga hari itu di bawa ke Taman Peringatan Jelutong di Melaka untuk di semadikan padi tadi.

Ahli keluarga mendiang tiba seawal jam 8 pagi untuk memberi penghormatan kali terakhir sebelum mendiang dibawa menaiki kenderaan mayat jenis Mercedez E250 CGI, kira-kira jam 9.50 pagi untuk di semadikan.

Turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir, isteri mangsa warga Vietnam serta anak lelaki mangsa.

Mangsa maut selepas di tikam di dada kiri serta dilanggar dan digilis ketika berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi lebih kurang jam 7.30 malam.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada dada kiri. Sebelum serangan, mangsa bersama isterinya yang menaiki Volkswagen Polo berhenti di stesen minyak terbabit untuk mengisi angin tayar kereta. -BH


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post