Diculik & dirogol selama seminggu gara-gara BF tak bayar hutang|Seorang remaja perempuan telah diculik dan dikurung gara-gara kekasihnya gagal membayar hutang.
Diculik & dirogol selama seminggu gara-gara BF tak bayar hutang |
Penderitaan gadis remaja berkenan berakhir apabila tempat dia dikurung oleh suspek telah diserbu polis pagi semalam yang bertempat di kuala sungai yan alor star.Remaja malang itu ditemui dalam keadaan lemah,trauma dan ketakutan.
ARTIKEL MENARIK: Suspek utama kes bunuh johor berjaya di tahan
loading...
Mangsa yang masih berusia 17 tahun bukan sahaja diculik oleh seorang pengedar dadah berusia 50an,akan tetapi turut di rogol berkali-kali oleh 6 lelaki selama 7 hari.
Berdasarkan keterangan mangsa,dia telah dikurung di dalam stor rumah itu berpunca daripada kekasihnya yang tidak membayar hutang dadah kepada pengedar tersebut.
Melalui serbuan tersebut,polis berjaya menahan kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20 ke 50 yang berada dalam rumah itu.
Suspek utama tersenarai di atas 33 kes jenayah termasuk mengugut,pemilikan senjata berbahaya,rompakan ,pecah rumah dan mengedar dadah.
Ketua jabatan siasatan jenayah Asisten komisioner mior farid memberitahu bahawa pasukan polis telah mendapat maklumat mengenai penculikan itu pada isnin lalu.
Kami percaya kes ini terjati apabila kekasih mangsa gagal membayar hutang,akibatnya remaja itu diculik,katanya.
Selain itu,pihak polis juga menahan kekasih mangsa kerana dipercayai mengetahui hal penculikan itu tetapi tidak dilaporkan kepada polis.
Kes disiasat dibawah seksyen 376 dan 342 kanun keseksaan atas jenayah culik dan rogol.
Eberita
Post a Comment