Al-Fatihah.. Pergi Tak Kembali.. Artis- Artis Yang Meninggalkan Kita Pada 2017..

Al-Fatihah.. Pergi Tak Kembali.. Artis- Artis Yang Meninggalkan Kita Pada 2017..

Seperti tahun-tahun sebelumnya, 2017 turut menyaksikan industri hiburan tanah air meratapi kehilangan insan seni yang banyak berjasa.

Al-Fatihah.. Pergi Tak Kembali.. Artis- Artis Yang Meninggalkan Kita Pada 2017..
Al-Fatihah.. Pergi Tak Kembali.. Artis- Artis Yang Meninggalkan Kita Pada 2017..

Ada di antara mereka masih ditagih sumbangannya dalam dunia seni, namun apakan daya kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang.

ARTIKEL MENARIK: Kelakar! Kapsyen Nakal Gambar Syatilla Melvin Dan Shaheizy Sam Sambut Anak Buah Baru Bikin Netizen Terhibur!

loading...

Kehilangan besar ini tiada galang gantinya, tetapi sumbangan mereka terhadap industri hiburan akan dikenang sampai bila-bila.
Ditambah lagi dengan akses yang mudah untuk melihat lakonan mereka menerusi pelbagai medium, pasti membuatkan nama mereka terus meniti di bibir peminat.

Mereka yang pergi meninggalkan kita adalah Tan Sri Jins Shamsuddin, Johan Nawawi, Ary Malik, Osman Zailani, Omar Manan, Latif Borgiba, Norman Panji, Nozie Nani, Sony Abdullah, Papa J dan Raja Norsaadah.

Tidak terkecuali, kematian artis Indonesia, Julia Perez selepas berjuang melawan kanser juga menyedihkan ramai peminat.

JAMAL MANAP ATAU PAPA J (14 JANUARI)

Bekas anggota kumpulan duo, Asiarasa yang popular pada era 1980-an, Jamal Manap, 55, atau Papa J meninggal dunia di Hospital Ampang.

Peminat program hiburan terutama generasi muda mengenali Papa J selepas kelibatnya sering dilihat pada siaran langsung program realiti Gegar Vaganza (GV).

Keletahnya yang ‘sporting’ menari mencuri perhatian ramai peminat. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

ARY MALIK (28 FEBRUARI)

Nurita Maliha Aryanee Malik atau Ary Malik meninggal dunia pada usia 46 tahun di Hospital Ampang, Kuala Lumpur selepas hampir setahun menderita kanser ovari.

Ary meninggal dunia di sisi keluarga termasuk suami dan anaknya selepas kira-kira 10 hari dirawat di hospital itu.

Allahyarham dikenali menerusi kariernya sebagai pelakon dan pengacara popular.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota, Setapak, Kuala Lumpur.

TAN SRI JINS SHAMSUDDIN (1 MAC)

Seniman legenda ini menghembuskan nafas terakhir pada usia 81 tahun akibat sesak nafas selepas tercekik makanan ketika minum petang bersama isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah di kediaman mereka di Kampung Pasir, Hulu Klang pada jam 5.45 petang.

Jins yang bernama sebenar Mohamed Zain Shamsuddin, berasal dari Changkat Jering, Perak sebelum itu disahkan menghidap Alzheimer yang membuatkannya hilang ingatan pada 2011.

Selain Bukit Kepong, Jins turut popular menerusi filemnya yang menggunakan judul berkaitan iaitu Menanti Hari Esok, Esok Masih Ada, Tiada Esok Bagimu dan Esok Untuk Siapa.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang.

JOHAN NAWAWI (24 MAC)

Komposer terkenal ini dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi keesokannya akibat serangan jantung.

Johan, 52, banyak mencipta lagu untuk isterinya, Nora Ariffin seperti Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.

Selain lagu pop komersial, Allahyarham turut menghasilkan lagu berunsur ketuhanan seperti Erti Al-Fatihah, nyanyian Putri – anaknya yang diadaptasi daripada surah al-Quran iaitu al-Fatihah.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

JULIA PEREZ (10 JUN)

Pelakon dan penyanyi dangdut ini meninggal dunia pada usia 37 tahun akibat kanser serviks di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo Jakarta, Indonesia.

Julia atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati sebelum ini dilaporkan menghidap kanser itu sejak tiga tahun lalu.

Julia pernah muncul dalam filem Suami-Suami Takut Istri pernah memberitahu yang gejala awal penyakitnya itu sudah dirasakan ketika di satu acara di Bali.

OSMAN ZAILANI (4 JULAI)

Pelakon bernama sebenar Mohammad Kechut yang dikenali menerusi siri PJ Holdings pada era 1980-an bersama aktres veteran Fatimah Yassin ini menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH), Singapura.

Osman juga pernah membintangi filem Sesejuk Air Mata Ibu, Tujuh Biang Keladi, Suratan Kasih dan Banting.

Pada era 1970-an, Allahyarham pernah membawa watak Ong Lee dalam siri televisyen popular Hawaii Five-O dan watak Bob dalam filem Saint Jack.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Sembawang, Singapura.

NOZIE NANI (3 OKTOBER)

Aktres popular era 1970-an ini meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediamannya di Batu Pahat, Johor pada jam 8.30 malam.

Nozie, 66, atau nama sebenarnya, Nozia Nani menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung serta turut disahkan menghidap kanser rahim tahap pertama.

Allahyarham pertama kali diperkenalkan menerusi filem Permintaan Terakhir pada 1973 bergandingan dengan Uji Rashid.

Beliau juga membintangi filem Jiwa Remaja dan Cinta Dan Lagu arahan Allahyarham Datuk Jamil Sulong.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Semai, Batu Pahat, Johor.

SONY ABDULLAH (19 OKTOBER)

Datuk Sony Abdullah, popular menerusi filem Permintaan Terakhir dan Menanti Hari Esok. Allahyarham yang menderita kanser otak tahap empat, sebelum ini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima rawatan di wad radioterapi.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gombak.

OMAR MANAN (3 NOVEMBER 2017)

Pelakon drama era 1980-an ini menghembuskan nafas terakhir pada usia 70 tahun akibat komplikasi diabetes di Hospital Selayang.

Ketika hayatnya, Omar atau Omar Sudi Abdul Manan pernah membintangi pelbagai drama antaranya drama Bakat yang menaikkan namanya selain beberapa drama lain.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Selayang Baru selepas solat Jumaat.

NORMAN PANJI (8 Disember 2017)

Vokalis kumpulan Panji bernama sebenar Mohd Nor Husin, 55, ini meninggal dunia di rumahnya di Jalan Lembah, Kampung Sungai Buaya, Dungun.

Kumpulan Panji dikenali menerusi lagu Sayap Terluka dan Semilir Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya, Dungun, Terengganu.

LATIF BORGIBA (14 DISEMBER)

Pelakon veteran terkenal dengan watak hitam ini meninggal dunia pada hari sambutan ulang tahunnya yang ke-80 di kediamannya di Flat Danau Kota, Setapak.

Punca kematiannya kerana sukar bernafas akibat sakit paru-paru.

Latiff atau nama sebenarnya Abdul Latiff T K Gomu dikenali dengan watak jahat bermisai lintang pada era 1980-an.

Antara filem lakonannya ialah Dang Lenggang, Ribut Di Hujung Senja dan Anakku Suamiku. Nama Borgiba diberikan oleh pengarah filem dan pelakon S Kadarisman pada hujung 1960-an.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibu Kota, Setapak.

RAJA NOOR SAADAH (18 DISEMBER)

Bekas penyanyi yang juga bekas isteri kepada penerbit filem, Datuk Yusof Haslam ini meninggal dunia pada usia 69 tahun selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Bandar Sri Putra.



Sumber : hmetro

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post