Sejak akhir-akhir ini laman sosial Instagram (IG) Intan Liana, isteri pertama kepada pemuzik bebas, Ude Wahid, dibanjiri entri berbaur emosi.
“Aish Baik-Baik Dengan Baba, Jangan Lupa Bonda” – Isteri Pertama Ude |
Entri-entri yang dimuat naik Intan turut mengundang tanda tanya di kalangan pengikutnya dan sudah tentulah ia dikaitkan dengan statusnya sebagai madu kepada pelakon Izreen Azminda.
ARTIKEL MENARIK: Ketika Ramai Artis Meluahkan Perasaan Mempertahankan Baitulmaqdis, Tetapi Tidak Hafiz Hamidun . Inilah Jawapan Beliau Kerana Tidak Mempertahankan Baitulmaqdis Di Sosmed..
loading...
Ada juga pengikut Intan di IG mengaitkan kesedihan Intan adalah disebabkan dia terpaksa berpisah dengan anak sulungnya Arish Muqri, 3.
Menerusi komen-komen pengikut Intan, dipercayai Arish kini tinggal bersama bapa dan ibu tirinya berdasarkan beberapa foto yang dimuat naik di IG Ude Wahid.
Di ruangan tersebut juga, pengikut meminta Intan bersabar dan terus kuat menghadapi ujian daripada Allah SWT serta tidak mengalah demi anaknya.
Mungkin kerana tidak pernah berpisah dengan Arish yang manja dengan panggilan Aish itu, menyebabkan Intan sentiasa merindui anaknya itu.
Beberapa muat naik di IG Story Intan juga, sudah cukup untuk menggambarkan betapa hati seorang ibu sedang memendam perasaan.
Terdahulu, kira-kira empat hari lalu, Ude turut memuat naik entri ‘#SABAR’ di IGnya dan menulis kapsyen “Hebat permainan awak..” disertai dengan hashtag #lakonanhebat #koboletipusemuaorg #koxboletipudirisendiri #lameakudiam #akuperhatijedulu.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan entri tersebut ditujukan kepada siapa.
Foto: Instagram Intan/Ude Wahid
Sumber : Astro gempak
Kredit : petua viral
Post a Comment