Mak aih…garangnya Datuk Adi Putra. Terkejut Miss K selepas menonton rakaman temubual di antara Adi dengan seorang wartawan televisyen baru-baru ini.Wartawan penyiaran tersebut Miss K kenal sangat sebab dia pun agak popular orangnya. Dan setahu Miss K lagi, dia tak pernah buat hal dengan mana-mana artis sebelum ini.
Adi Putra “Sound” Wartawan Kerana Bengan Dengan Soalan? “bila kali terakhir kamera pecah?” |
Sehinggalah baru-baru ini dia ditugaskan untuk menemuramah Adi Putra dan malangnya dia dilayan dingin oleh pelakon tersebut.
ARTIKEL MENARIK: "I Nak Isteri Hidung Macam Neelofa, Senyum Macam Wani Hasrita" – Azwan Ali
loading...
Mood Adi tiba-tiba ‘swing’ tau you alls! Macam biasalah, selepas wartawan tu tanya tentang filem dan lakonan dia beralih pula kepada soalan peribadi. Yang Miss K rasa, you alls semua pun nak tahu.
Wartawan tu tanya tentang status rumah tangga Adi dan Aida sekarang. Itu sahaja. Bukannya apa, sebelum ini orang heboh Adi dah bercerai dengan kedua-dua isterinya.
Tup-tup baru-baru ini Adi muat naik foto bersama Aida siap kapsyen ‘Alhamdulillah’…Wartawan tu mewakili orang di luar sana juga, yang nak tahu adakah benar cerita-cerita sebelum ni.
Sebab itu dia yakin bertanya, tapi nampaknya Adi tak happy dengan soalan tersebut.
Terus Adi buat muka dan tanya balik kepada wartawan tu, “bila kali terakhir kamera pecah?”Haaa..lebih kurang begitulah jawapan dia, dalam nada yang ‘tegang’. Tu tak campur lagi dengan kerutan di wajah!
Ooooohai…Seram you alls! Miss K tengok sendiri rakaman temuramah tu.
Tapi, Miss K respectlah kat wartawan tersebut sebab tak menggelabah langsung masa Adi cakap macam tu, sebaliknya dia terus jawab “tak apa, kalau tak mahu komen tak apa…” Senyum-senyum pulak lagi.
Nak tahu apa Adi balas? Macam ni lebih kurang jawapan dia; “saya fikir saya hormat awak je sekarang ni,” dengan muka yang masam mencuka, ketat dan sendat!
Alahai Adi, tugas wartawan memang bertanya soalan. Jawapan ada pada diri awak. Rasanya ada banyak cara lain yang lebih cool dan chill untuk jawab soalan wartawan tu.
Sorry Adi, walaupun Miss K suka tengok lakonan Adi, tapi cara awak tu…Miss K tak berkenan langsung! Nampak samseng dan nadanya macam mengugut tau. Tak sedap langsung di dengar!
Janganlah macam tu…Wartawan dan selebriti saling memerlukan. Selama hari ini pun banyak publisiti mereka beri dan tulis yang baik-baik tentang kerjaya Adi, betul tak? Jadi apalah salahnya sama-sama bertolak ansur.
Tak mau lah garang-garang sangat…Miss K percaya, Adi boleh beri reaksi yang lebih baik daripada itu. Apa-apa pun Miss K harap, tiada apa-apa yang disimpan dalam hati kedua-dua belah pihak ya…
Bukannya apa, industri ni pusing-pusing pun jumpa juga dengan orang yang sama. So, kita chill-chill aja!
Miss K: Wow! Ada sebutan mahkamah kes penceraian 20 haribulan ni…Hmmm…Depan orang cakap lain, kat belakang? Cabut je lah topeng di wajah tu!
Pssst…Ada cerita menarik, panas, kontroversi yang korang nak kongsi dengan Miss K? Hantar e-mel ke gossipmissk@gmail.com
*admin harap adi putra bertabah ye .. You are the best actor bro..
Sumber : astro gempak
Post a Comment