3 Beradik Merenung Sayu Jenazah ibu bapa serta adik bongsu

3 Beradik Merenung Sayu Jenazah ibu bapa serta adik bongsu

“Ketika opah kejut beritahu mama, papa dan adik sudah tiada, saya hanya terdiam, dengar semua dalam rumah menangis.

3 Beradik Merenung Sayu Jenazah ibu bapa serta adik bongsu

“Kali terakhir jumpa mama pagi tadi sebelum mama nak balik. Mama cium kami dan kata ‘mama balik dulu’.

ARTIKEL MENARIK: Tak sampai seminggu dibuka, dah ada tangan gatal buat graffiti di Rawang Bypass

loading...

“Mama pesan pada saya supaya tengokkan adik-adik,” kata Muhammad Daris Wafiy Sairulazuwan, 10, anak sulung Sairulazuwan Nadzim,37, dan Azilina Abdul Aziz, 37, yang maut bersama Muhammad Daris Iffat, tiga bulan.

Dalam kejadian 4.30 pagi hari ini, tiga beranak itu maut dalam kemalangan di Kilometer 21 Sitiawan-Teluk Intan berhampiran Kampung Kayan, Sitiawan.

Nahas itu menyebabkan Muhammad Daris Wafiy dan dua lagi adiknya, Muhammad Daris Rayyan, 9, dan Muhammad Daris Amsyar, 5, yatim piatu sekelip mata.

Menurut Muhammad Daris, selepas dikejutkan dari tidur oleh ibunya dan bersalaman, dia dan Muhammad Daris Rayyan tidur semula.

“Sejam selepas itu, tiba-tiba opah datang kejut kami beritahu mama, papa dan adik sudah tiada,” katanya yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batu 9 Lekir, semalam.

Dalam pada masa sama Tiga beradik yatim piatu Muhammad Daris Wafiy dan dua adiknya Muhammad Daris Rayyan (9) dan Muhammad Daris Amsyar (5) merenung sayu jenazah kedua ibu bapa serta adik bongsu mereka ketika disemadikan.

Menurutnya, dia memilih untuk tinggal bersama datuk (ayah bapanya), Nadzim Mohd Taib dan bersekolah di Sitiawan.

Sementara itu, Nadzim, 68, berkata dia dan isteri akan menjaga dan menguruskan persekolahan tiga cucunya itu.

Menurutnya, menjadi kebiasaan Sairulazuwan, anak ketiga daripada lima beradik itu menghantar semua anak-anak ke rumahnya setiap kali cuti persekolahan.

Eberita


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post