Video: “Pilu, di hari pertama SPM ibuku dijemput Ilahi”

Video: “Pilu, di hari pertama SPM ibuku dijemput Ilahi”

MEMILUKAN apabila calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman (SAMNI), Kampung Bukit Cerakah, Meru, Klang menerima khabar duka mengenai kematian ibunya akibat serangan jantung selepas selesai menduduki hari pertama peperiksaan itu, petang tadi.

Video: “Pilu, di hari pertama SPM ibuku dijemput Ilahi”
Video: “Pilu, di hari pertama SPM ibuku dijemput Ilahi”

Menurutnya, jika Husni gagal mengemukakan bukti, beliau bersama pemimpin pembangkang yang lain akan membuat laporan qazaf dan mengambil tindakan terhadap Husni.

ARTIKEL MENARIK: “Saya tak peduli, dari terpaksa lihat anak di tali gantung” – Anak Datuk ditangkap bapa sendiri bersama lelaki Afrika ketika sedang khayal di pusat hiburan

loading...


Berita kejadian 12 tengahari menimpa ibunya, Maziah Alias, 50, itu diketahui Muhammad Noh Zakaria, 17, sejurus menduduki peperiksaan kertas dua Bahasa Melayu pada 4.30 petang.

Guru Besar Sekolah Agama Kota Damansara 5 itu, ditemui tidak sedarkan diri ketika berehat di bilik rawatan di sekolah itu selepas keletihan dan tidak bermaya.

Menurut Muhammad Noh, dia amat terkejut dimaklumkan mengenai pemergian ibunya itu oleh pengetuanya.

“Patutlah saya tidak sedap hati selepas solat Zohor tadi selain berasa degupan jantung tiba-tiba kencang, namun hanya menganggap ia perasan gementar sebelum menjawab peperiksaan.

“Selepas habis menduduki peperiksaan itu, saya dipanggil ke bilik pengetua dan mula berdebar kerana melihat bapa saudara turut berada di situ dan meminta saya supaya bersabar,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Budiman di sini, petang tadi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, malam ini.

Lebih 300 ahli keluarga termasuk saudara mara dan kenalan turut hadir memberi penghormatan kepada arwah yang turut dikenali sebagai Ustazah Maziah.

Allahyarham turut meninggalkan suami, Zakaria Kasiran, 56, bersama lima anak lain iaitu Haziq Fikri, 28; Fadlin Sakinah, 25; Saidatul Kalimah, 23; Rabiatul Adawiyah, 15, dan Mizan Qistina, 8. Muhammad Noh berkata, walaupun ia detik yang sukar, dia berpegang kuat dengan pesanan ibunya supaya menjadi insan yang berjaya.

Sementara itu, Zakaria berkata, arwah kebiasaannya akan mengucapkan ‘bye-bye’ ketika bersalaman sebelum pergi mengajar ke sekolah.

“Namun, pagi tadi dia ada meminta maaf kepada saya dan tidak menyangka ia petanda akan meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya,” katanya.




Dalam pada itu, rakan Allahyarham yang juga guru sekolah sama, Intan Ibrahim, 31, berkata, dia pada awalnya mahu mengejutkan arwah, 10.30 pagi, namun tidak berbuat demikian kerana memberi ruang supaya berehat.

“Ada tetamu hadir untuk menemui Ustazah Maziah dan kami terkejut melihat dia sudah tidak sedarkan diri dan mempunyai kesan muntah di pipinya

“Selain menghubungi ambulans bagi mendapatkan bantuan kecemasan, saya cuba melakukan bantuan pernafasan namun gagal dan dia disahkan meninggal dunia pada 12.15 tengahari,” katanya.

Menurutnya, dia masih teringat pesanan Allahyarham kepada rakan sejawatan lain supaya menjaga sekolah itu dengan baik sebelum ini.

“Tidak sangka itu pesanan dan amanat terakhirnya kepada kami,” katanya menyifatkan Allahyarham seorang yang berdedikasi dan amat disegani ramai termasuk muridnya.

Pelajar Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, Kampung Bukit Cherakah, Muhammad Noh Zakaria (kanan) ditenangkan oleh ahli keluarga sebaik tiba di rumahnya selepas pulang dari Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejurus mendapat berita pemergian ibunya Mahziah Alias yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Jalan Hamzah, Kampung Budiman, Shah Alam . STR/FAIZ ANUAR


Via: Metro



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post