Video: 3 jam tak nak keluar dari enjin kereta, lelaki kunyah dan gigit ekor ular sawa

Video: 3 jam tak nak keluar dari enjin kereta, lelaki kunyah dan gigit ekor ular sawa

SEORANG pekerja kilang terpaksa melakukan satu tindakan aneh semasa berdepan dengan seekor ular sawa besar.

Video: 3 jam tak nak keluar dari enjin kereta, lelaki kunyah dan gigit ekor ular sawa
Video: 3 jam tak nak keluar dari enjin kereta, lelaki kunyah dan gigit ekor ular sawa

Haiwan berukuran 10 kaki panjang ini menimbulkan kekecohan lebih dari tiga jam selepas enggan keluar dari enjin sebuah kereta di bandar Samut Prakan, Thailand.

ARTIKEL MENARIK: (VIDEO) Gara-Gara Kencing Dalam Lift & Menyebabkan Litar Pintas, Lelaki Ini Terperangkap Dalam Lift..

loading...

Tetapi Rahjit Phan jelas mempunyai cara yang lebih baik untuk dilakukan daripada menghabiskan masa menarik reptilia besar itu.

Menggunakan ‘helah lama hutan’, dia memasukkan ekor ular itu ke dalam mulutnya dan mengunyahnya.


Bunyi kunyahan dapat didengar dalam rakaman video ketika Phan dan rakan-rakan berusaha menarik ular tersebut.

Hanya beberapa minit kemudian, dia berjaya menarik keluar ular tersebut dari enjin sebelum melepaskannya kembali ke belukar.



Phan berkata: “Ini adalah helah lama yang kami belajar dalam hutan. Jika seekor ular telah menangkap seekor ayam atau haiwan lain, kita boleh menggigitnya.

“Gigit sahaja ekornya berulang kali dengan kuat dan ular itu akan lemah. Biasanya ia menjadi, tetapi jangan ada yang mencubanya kecuali mereka berpengalaman.

“Saya gembira kerana saya dapat membantu, ini bukan ular yang menakutkan. Saya pernah lihat ular lain yang sangat besar.” -dailystar


 Sumber; Mstar
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post