Masih ingat dengan kisah seorang lelaki yang membuat kejutan hari lahir kepada kekasih hatinya, dengan menaiki dan tahun berikutnya menaiki kapal mewah pula?
Terlajak Mewah! Perkahwinan Pasangan Viral Ini Bakal Digelar Wedding Of The Year |
Pelbagai Kejutan Dari Hafiz Mahamad
Video kisah percintaan mereka turut tular di media sosial dengan pelbagai reaksi netizen. Ada yang memuji kisah mereka dan tidak kurang juga jelik dan menganggap pasangan ini seperti melupakan ibubapa masing-masing.
ARTIKEL MENARIK: Kerana Cinta Sejati, Lelaki Ini Sanggup Tukar Jantina Untuk Berkahwin Dengan Teman Lelakinya
loading...
Menolak dakwaan itu, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Hafiz Mahamad turut membuat kejutan kepada ibubapanya yang cukup mengharukan. Malah beliau turut tegaskan segala yang dibuat adalah menggunakan duit titik peluhnya sendiri dan bukannya dari keluarga seperti yang hangat diperkatakan oleh netizen.
Pre-Wedding Yang Cukup Gah!
A post shared by HafizMahamad (@hafizmahamad) on Nov 13, 2017 at 5:33am PST
Bakal mendirikan rumah tangga bersama gadis yang dicintainya, Syafiqah Aina segala persiapan sedang rancak dijalankan. Malah penggambaran pre – wedding mereka turut tular dan kami turut akui gambar dan konsep tersebut mempunyai auranya tersendiri.
Lihat sahaja gambar-gambar tersebut. Sama cantik dan sama padan bukan? Kita sudah ketahui Hafiz sememangnya suka membuat kejutan. Jadi konsep perkahwinannya juga kami jangkakan bakal diadakan dalam sesuatu yang bakal diingati untuk spektrum 2017. Sama -sama kita nantikan gambar-gambar mereka nanti. Sekalung tahniah buat Hafiz dan Aina!
Sumber: Hangat.com
Post a Comment