Kisah peminjam wang berlesen atau ‘Ah Long’ menggunakan ugutan dan kekerasan untuk memaksa penghutang membayar hutang yang telah dipinjam sering kita dengari.
Tak Mampu Bayar Rasuah RM20K Setiap Bulan Kepada Polis Korup, Ah Long Minta “Bantuan” SPRM |
Sebaliknya, seorang ‘Ah Long’ terpaksa meminta bantuan dari pihak SPRM kerana telah dipaksa untuk memberi rasuah oleh 4 orang anggota polis.
‘Ah Long’ tersebut terpaksa membayar sehingga RM20,000 sebulan kepada empat orang anggota polis berlainan pangkat supaya tidak diambil tindakan atas kegiatan haramnya.
ARTIKEL MENARIK: Polis Meremang Lihat Angka Kad Pengenalan Mangsa Kemalangan Ngeri Ini..
loading...
Pada mulanya, ‘Ahlong’ tersebut bersetuju untuk membayar jumlah tersebut untuk beberapa bulan namun akhirnya tidak mampu lagi untuk membayar duit rasuah tersebut.
‘Ahlong’ tersebut kemudian telah membuat satu laporan kepada pihak SPRM dan amat mengejutkan pihak SPRM dan berpakat untuk memerangkap empat anggota polis tersebut.
‘Ahlong’ tersebut telah membayar RM18,000 kepada seorang inspektor berusia 34 tahun pada 16 Ogos lalu dan dia telah berjanji untuk membayar RM2,000 pada Isnin berikutnya.
Sejurus selepas anggota polis tersebut menerima duit rasuah tersebut, dia telah diserbu oleh pegawai SPRM yang sedang bersembunyi berhampiran.
Seminggu selepas penahanan inspektor polis tersebut, tiga anggota polis yang lain turut ditahan pegawai SPRM. Kesemua mereka telah dibawah ke Mahkamah Laha Datu untuk direman selama tujuh hari.
Sumber: FMT & Sehinggit
Post a Comment