Tak Ada Adab! Netizen Anggap Mas Idayu Malukan Malaysia

Tak Ada Adab! Netizen Anggap Mas Idayu Malukan Malaysia

Ratu Dangdut Malaysia, Mas Idayu kini dikhabarkan sibuk dengan rancangan realiti di Indonesia, D’Academy Asia musim ke 3.

Tak Ada Adab! Netizen Anggap Mas Idayu Malukan Malaysia
Tak Ada Adab! Netizen Anggap Mas Idayu Malukan Malaysia

Mas Idayu merupakan salah seorang juri tetap rancangan yang menggabungkan peserta dari beberapa buah negara termasuk Malaysia.

Baby Shima Menangis

Screenshot_24.png
Sepanjang program ini berlangsung ternyata pada Ahad lalu (12 November) mempunyai impaknya tersendiri apabila salah seorang peserta D’Academy Asia yang juga dari Malaysia, Baby Shima gagal mengawal perasaan sedihnya dan turut mengalirkan airmata apabila dimarahi Mas Idayu dengan lantang sekali.

Malah melihatkan Shima teruk dimarahi, salah seorang juri program itu turut naik ke pentas dan menenangkan perasaan Shima.

ARTIKEL MENARIK:

loading...

Video Tular, Mas Idayu Dikecam


Sejak semalam video tersebut telah tular dan mengundang pelbagai reaksi dan kecaman netizen.

“Ada nampak Mummy senyum? Shima jangan senyum..Apa Shima buat malam ini? Mummy dengar, masuk ‘pitching’ jahanam semua,”

Rata-ratanya komen dari netizen tidak bersetuju dengan kritikan dan komen Mas Idayu yang dianggap melampau malah ada yang turut memperkatakan kelantangan Mas Idayu mencerminkan budaya Malaysia yang seperti tiada adab.



1.jpg

2.jpg

Lebih mengejutkan lagi, tidak lama kemudian Mas Idayu terpaksa dipapah keluar dari pentas itu dan dipercayai kerana begitu tertekan.

Jangan Salahkan Mas Idayu

Screen-Shot-2017-11-14-at-10.36.59-AM.pn

Dalam sumber lain, Shima berharap netizen tidak menyalahkan Mas Idayu. Baginya beliau tidak kisah dimarahi dan menerima segala komen serta kritikan daripada guru nya itu.

“Bagi saya, Mummy Mas Idayu marah dan komen macam itu sebab dia sayang saya. Memang patut pun saya kena marah. Saya tak ada masalah dan terima segala teguran. Saya harap netizen jangan salahkan Mas Idayu.Saya yang bersalah sebab tak ikut apa yang sudah diajarnya,”

Screen-Shot-2017-11-14-at-10.44.38-AM.pn

Bagi kami, Mas Idayu memang dikenali sebagai seorang mentor dan guru yang hebat dan garang Lihat saja Black dahulu yang dirotan oleh Mas Idayu, hasilnya beliau kini dikenali sebagai seorang yang berbakat besar dan terkenal.

Cuma pada pendapat kami, kelantangan beliau di D’Academy Asia agak sedikit tegas dan mengejutkan ramai pihak.

Sumber: Hangat.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post